Connect with us

Berita Lain

Najib patut terima hakikat rakyat sudah tolak GST


Mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berterusan
mempertahankan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan mendakwa GST hanya
dikenakan ke atas golongan kaya serta usahawan besar dan dengan ketiadaan GST
ini, golongan terbabitlah paling beruntung.
Najib menambah, kehilangan punca pendapatan daripada
golongan ini, kononnya tidak lagi dapat membantu golongan miskin yang terdiri
daripada kumpulan B40.
Najib juga menyerang Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
dengan mengatakan bahawa beliau berharap ‘Malaysia Baharu’ bukan sahaja untuk
golongan kaya dan usahawan besar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Najib lupa bahawa GST telah memberi kesan terhadap rakyat
Malaysia di segenap lapisan, terutamanya golongan miskin dan tidak berkemampuan
yang mana golongan ini tidak dikenakan cukai sebelum ini.
Ini sekaligus meletakkan bebanan kewangan berterusan ke atas
rakyat sehinggakan mereka tidak ada pilihan melainkan untuk mengubah kerajaan
untuk kali pertama selepas 61 tahun.
Ini kerana apabila tiada perubahan, bermakna GST akan kekal
serta menekan rakyat. Kerajaan Malaysia baharu sudah menunaikan janji dengan
menghapuskan GST.
Amaran kerajaan sebelum ini yang menyatakan Malaysia akan
jatuh muflis dengan ketiadaan GST tidak benar sama sekali.
Bahkan bayaran BR1M (kini dikenali sebagai Bantuan Sara
Hidup atau BSH), masih lagi diteruskan meskipun tanpa kewujudan GST. BSH
disasarkan kepada golongan kumpulan B40.
Bagaimana pula Najib boleh mendakwa golongan miskin ini
tidak dibantu sedangkan bayaran terakhir BSH tahun ini akan diagihkan bermula
15 Ogos, seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha?
Sebanyak 4.1 juta rakyat akan menerima BSH yang menelan
anggaran kos RM1.6 bilion.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kumpulan B40 ini terus dibantu apabila kerajaan baharu
menstabilkan harga petrol dimana kerajaan sebelum ini hanya membuat apungan
berdasarkan harga pasaran.
Walaupun harga minyak antarabangsa meningkat sebanyak 42
peratus daripada Bajet 2018 dengan anggaran USD52 setong ke USD74 setong, harga
RON95 serta diesel tetap kekal pada masing-masing RM2.20 dan RM2.28 seliter.
Ini membabitkan subsidi petrol kira-kira 30 sen seliter
berjumlah RM3 bilion yang ditanggung kerajaan sehingga penghujung tahun 2018.
Oleh itu, Najib terbukti salah apabila menyatakan GST adalah
bagus dan menuduh kerajaan baharu ini tidak fokus dalam membantu golongan B40.
Najib sewajarnya tidak melepaskan kekecewaannya atas
kekalahan BN dalam pilihan raya umum yang lepas kepada Pakatan Harapan dan
kegagalannya dalam menyandang kedudukannya sebagai perdana menteri kepada Tun
Dr Mahathir.
Beliau sepatutnya menerima hakikat bahawa rakyat sudah
menolak kepimpinannya dan pelaksanaan GST serta muak dengan skandal korupsi
1MDB yang membabitkan wang rakyat sebanyak RM50 bilion.
LIM GUAN ENG ialah Menteri Kewangan, Setiausaha Agung DAP
dan Anggota Parlimen Bagan. 
Tulisan ini asalnya kenyataan media beliau dan tidak
semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysian Update.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel