Connect with us

Berita Lain

Dr M tegur MP HARAPAN jaga disiplin jika tak mahu k’jaan jatuh


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan anggota
parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) bahawa
kekurangan disiplin dan pertelingkahan dalaman akan menyebabkan kejatuhan
gabungan itu.
Menurut laporan Malaysiakini, difahamkan bahawa Dr Mahathir menyampaikan
mesej berkenaan ketika majlis makan malam melibatkan menteri, timbalan menteri
dan anggota parlimen di Petaling Jaya, Selangor, semalam.
Beberapa yang hadir majlis berkenaan, yang enggan dinamakan,
memberitahu Malaysiakini bahawa Dr Mahathir menegur sikap sesetengah anggota
parlimen yang masih seperti pembangkang dan menggesa mereka bersikap seperti
kerajaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dr Mahathir dikatakan mengingatkan anggota parlimen bahawa
HARAPAN merupakan gabungan yang sama rata, maka disiplin penting kerana
sekiranya terdapat parti komponen yang keluar gabungan itu, ia boleh
menyebabkan kerajaan jatuh.
“Pada masa lalu, terdapat parti dominan (dalam kerajaan
BN) yang boleh buat apa saja dan semua orang perlu ikut walaupun tidak suka.
“Tapi kini, kita semua ada kekuatan yang sama.
“Setiap parti komponen penting dalam gabungan ini. Jika
ada yang menarik diri, kerajaan boleh jatuh, jika bukan di peringkat
persekutuan, mungkin di peringkat negeri,” kata Dr Mahathir seperti dipetik
sumber.
Dr Mahathir juga dikatakan menyentuh secara tidak langsung
berhubung dakwaan bahawa beliau masuk campur dalam urusan PKR.
Jelas Dr Mahathir, perkara itu merupakan salah satu contoh
yang boleh menyebabkan ketidakpuasan hati di kalangan pemimpin dalam gabungan
itu.
“Kita perlu berkorban dan mengutamakan HARAPAN
berbanding parti sendiri. Jika kita mengenepikan keputusan HARAPAN untuk
kepentingan sendiri, ia akan menyebabkan perpecahan dan pergeseran di kalangan
parti HARAPAN,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dr Mahathir juga berpesan bahawa pembangkang kini menunggu
untuk menarik pihak yang keluar dari HARAPAN.
Pengerusi HARAPAN itu juga menggesa anggota parlimen
berhati-hati dalam membuat kenyataan kerana ia boleh dijadikan senjata oleh
pembangkang.
“Ketika BN dalam kerajaan, satu perkataan yang
dikeluarkan pemimpin mereka boleh digunakan untuk menentang mereka.
“Cakap ‘kepala bapak’ boleh jadi isu besar. Tapi kini
kita adalah kerajaan,” katanya.
Pesanan Dr Mahathir itu dibuat ketika terdapat anggota
parlimen PKR mendakwa beliau dan orang kanannya, Tun Daim Zainuddin merancang
menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri seterusnya.
Anggota Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid mendakwa Dr
Mahathir dan Daim turut berpakat dengan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali.
Semalam, Dr Mahathir menggesa pihak yang membuat dakwaan itu
mengemukakan bukti tuduhan berkenaan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel