Connect with us

Berita Lain

Kes pembubaran sementara BERSATU selesai


Permohonan semakan kehakiman difailkan Setiausaha Agung
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Dr Shahruddin Md Salleh terhadap
Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung pembubaran sementara pendaftaran
parti itu, selesai selepas kedua-dua pihak mencapai penyelesaian dalam kes itu.
Perkara itu dimaklumkan peguam Rosli Dahlan, yang mewakili
BERSATU kepada pemberita selepas prosiding di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi
Datuk Azizah Nawawi yang turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Shamsul
Bolhassan, mewakili bekas ketua pengarah ROS, Surayati Ibrahim selaku responden
tunggal dalam permohonan tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Rosli berkata kedua-dua pihak telah mencapai penyelesaian
penuh dan muktamad berdasarkan beberapa terma antaranya responden mengaku
menerima dan mengesahkan bahawa BERSATU mematuhi notis mengikut Seksyen 14(2)
Akta Pertubuhan 1966 bertarikh 28 Feb lepas, dan mengemukakan dokumen serta
maklumat yang diperlukan kepada responden melalui tiga pucuk surat bertarikh 27
Mac, 29 Mac dan 30 Mac lepas.
“Responden juga mengesahkan bahawa BERSATU adalah sebuah
parti politik berdaftar sah dan sejak penubuhannya pada 8 Sept 2016, tidak
pernah mengingkari perintah dan arahan responden dan sentiasa menjalankan
aktiviti-aktivitinya dengan patuh kepada perlembagaan dan peruntukan Akta
Pertubuhan 1966.
“Responden juga mengesahkan telah membatalkan perintah
sementara pembubaran parti itu bertarikh 5 April melalui notis bertarikh 16 Mei
lepas,” kata peguam itu.
Rosli berkata mahkamah kemudiannya merekodkan penghakiman
persetujuan tanpa sebarang kos. Hari ini, sepatutnya ditetapkan untuk mendengar
permohonan semakan kehakiman itu.
Pada 23 April lepas, mahkamah membenarkan permohonan Bersatu
untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap ROS selepas menolak
bantahan awal dikemukakan Jabatan Peguam Negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Hakim Azizah dalam penghakimannya berkata, mahkamah
berpendapat bahawa terdapat keadaan khas yang membolehkan mahkamah memberi
kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman itu.
Dalam permohonan yang difailkan pada 13 April lepas,
Shahruddin selaku pemohon antara lain memohon perintah certiorari bagi
membatalkan keputusan Pendaftar Pertubuhan dalam menyalahgunakan Seksyen 14(5)
Akta Pertubuhan 1966 apabila memutuskan bahawa Bersatu tidak menghantar
maklumat mengikut Seksyen 14(2) akta sama.
Pada 5 April lepas, Surayati dalam sidang media yang
diadakan telah mengeluarkan perintah pembubaran sementara terhadap Bersatu
mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 dan parti itu tidak dibenarkan
menggunakan nama, logo dan melaksanakan aktiviti berkaitan parti dalam tempoh
30 hari pembubaran sementara itu.
Surayati berkata pembubaran sementara itu dikeluarkan
susulan kegagalan Bersatu menyerahkan dengan sepenuhnya segala butir-butir
maklumat dan dokumen-dokumen yang diminta menerusi notis statutori di bawah
Seksyen 14(2) akta berkenaan yang dikeluarkan kepada parti itu pada 28 Feb
lepas.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel