Connect with us

Berita Lain

Tiada kompromi soal integriti: Mat Sabu



KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, mengalu-alukan  siasatan Suruhanjaya Pencegahan  Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap sesiapa sahaja di kementeriannya mahupun di pejabat beliau.


Jelasnya, beliau juga bersedia memberikan komitmen dan kerjasama  penuh kepada SPRM.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Bagi saya, tiada kompromi dalam soal integriti.


“Sekiranya terdapat apa-apa kes, SPRM bolehlah mendakwa individu  yang terlibat mengikut saluran undang-undang sedia  ada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Semalam media tempatan melaporkan seorang pegawai kanan Mohamad disiasat ekoran dakwaan dia menerima wang kira-kira RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantu menyelesaikan hutang serta membebaskannya daripada status muflis.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan siasatan terhadap pembantu politik menteri berkenaan.


Menurut laporan, wang tersebut didakwa dibayar kepada pegawai tersebut beberapa hari selepas Mohamad mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan pada 23 Mei lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Berikutan itu, SPRM telah merakam kenyataan pegawai itu dan kira-kira 10 individu lain bagi membantu siasatan, antara 10 individu yang dirakamkan kenyataan mereka termasuklah beberapa kontraktor pertahanan dan wakil-wakil perniagaaan.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel