Connect with us

Berita Lain

SPRM akan pamer hampir RM50j rampasan dari ejen perisik MEIO


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang
tunai bernilai berjuta-juta dolar AS hasil tangkapan beberapa pegawai risikan
kerajaan, termasuk bekas ketua mereka Datuk Hasanah Abdul Hamid.
Sumber memberitahu Malaysiakini, penyiasat SPRM memperoleh
maklumat mengenai wang tersebut serta lokasi ia disembunyikan selepas menyoal
siasat sejumlah individu yang ditahan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Difahamkan SPRM akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai
wang tersebut melalui sidang media di ibu pejabat agensi antirasuah itu di
Putrajaya hari ini.
Semalam, Hasanah – yang diketepikan daripada jawatannya
selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan – direman lima hari oleh SPRM bagi
membantu siasatan berhubung dana tersebut.
Dia – bersama pegawai lain yang masih berkhidmat dengan
agensi perisikan di bawah Jabatan Perdana Menteri itu – disiasat mengikut
Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 atas tuduhan menyalahgunakan kuasa atau kedudukan.
Menurut laporan berita, SPRM sedang meneliti kemungkinan
wujud kaitan antara dana berjumlah AS$12 juta itu dengan syarikat pelaburan
milik kerajaan, 1MDB.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dana AS$12 juta (RM49.5 juta pada kadar semasa) asalnya
didakwa dikhaskan untuk perbelanjaan pilihan raya umum (PRU).
New Straits Times melaporkan dana itu dibawa masuk ke negara
ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pertengahan April lalu
sebagai peruntukan bagi kerajaan BN ketika itu menghadapi PRU ke-14.
Nama Hasanah menjadi perhatian pada Julai lalu selepas
sepucuk surat yang ditulisnya kepada pegawai kanan Agensi Perisikan Pusat (CIA)
dibocorkan.
Surat itu dihantar Hasanah – ketika itu menjadi pengarah
Pertubuhan Perisikan Luaran Malaysia Malaysian (MEIO) – bagi mendapatkan sokongan
AS jika BN menang tipis PRU berkenaan.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel