Connect with us

Berita Lain

Irwan Serigar tak endah permohonan LHDN – Menteri

Menteri Kewangan Lim Guan Eng – Foto: The Star

KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Polis telah mengambil keterangan
Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam berhubung isu lebihan cukai sebanyak
RM16.046 bilion yang gagal dibayar balik kepada pembayar cukai sejak lebih
enam  tahun lepas.
Ketika mengesahkan perkara itu, Lim dalam satu kenyataan
hari ini berkata sesi itu berlangsung selama dua jam di pejabat beliau.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata, ini bagi membolehkan pihak polis menyiasat
kes itu sebagai pecah amanah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan susulan
laporan polis oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Keranji (Perak) Chong Zhe
Min yang dibuat pada 23 Ogos lepas.
Baki kredit belum dibayar balik sehingga 31 Mei 2018 oleh
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) itu melibatkan 1,653,786 kes syarikat, individu,
persatuan dan yayasan.
Menurut Lim, baki tunggakan yang besar tersebut adalah
disebabkan oleh kekurangan penyaluran pindahan hasil cukai langsung yang
dikutip ke dalam akaun amanah Tabung Bayaran Balik Cukai (TBBC).
Berdasarkan rekod Jabatan Akauntan Negara, baki sedia ada
dalam TBBC pada 31 Mei 2018 adalah RM1.486 bilion.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Tunggakan besar bayaran balik baki kredit sebanyak RM16
bilion sehingga melebihi enam tahun ini berlaku kerana Jawatankuasa Pengurusan
Wang Tunai Kementerian Kewangan, yang bermesyuarat secara bulanan dan
dipengerusikan oleh bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan
Serigar Abdullah, tidak memindahkan peruntukan yang mencukupi kepada TBBC
seperti yang dipohon oleh LHDNM,” katanya.
Malah, kata Lim, Ketua Pengarah LHDNM turut menulis surat
secara rasmi kepada Mohd Irwan pada 2016 bagi meminta lebih banyak wang
dipindahkan kepada TBBC tetapi tidak dipedulikan. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel