Connect with us

Berita Lain

Siasat perompak wang Felda

KUALA LUMPUR – Peneroka Felda mendesak kerajaan menyiasat
dan mendakwa ‘perompak’ wang Felda seperti yang dijalankan ke atas
penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda, Mazlan Aliman
turut menggesa supaya 10 janji utama yang sepatutnya dilaksanakan dalam tempoh
100 hari, dalam konteks Felda iaitu mansuhkan hutang tidak wajar dan dipaksakan
ke atas peneroka dimuktamadkan.
“Jika isu 1MDB disiasat dan didakwa mereka yang terlibat,
kenapa tidak kepada ‘ perompak ‘ wang Felda?

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“10 janji dalam tempoh 100 hari dalam konteks Felda iaitu
memansuhkan hutang tidak wajar dan dipaksakan terhadap peneroka wajar
diselesaikan,” katanya dalam satu kenyataan media.
Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda
Kebangsaan (Anak) menuntut agar kelompok peneroka menerima penyata interim tiga
bulan bermula tebang hingga hari ini, penyata untung rugi daripada Felda
Technoplant (FTP) dari mula tebang hingga ke hari ini, laporan perbelanjaan
tahunan dan bulanan daripada Felda Technoplant Sdn Bhd (FTP) dan penyata hutang
peneroka daripada Felda.
“Jika ia dapat diselesaikan, disusuli lain -lain  kos seperti pembajaan, jalan pertanian atau
kos yang dianggap tidak wajar, maka pemansuhan 50 peratus hutang bersama kadar
faedah 6.25 peratus, boleh dimuktamadkan.
“Ayuh, perbaharui iltizam kita demi selamatkan Felda. Kongsi
idea dan kepakaran membangunkan semula Felda. Tingkatkan turun ke lapangan,
dengari rintihan rakyat; jangan dibiar derita peneroka berpanjangan,” ujarnya.
Beliau menyatakan warga Felda menyokong pembentangan kertas
putih mengenai Felda di Parlimen  pada
sesi akan datang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Namun, Penubuhan Suruhanjaya DiRaja (RCI)seperti dalam
manifesto PH harus direalisasikan.
“Rakyat ingin tahu bagaimana kebobrokan Felda yang
mengakibatkan kehilangan berbilion ringgit wang peneroka. Pendedahan melalui
RCI harus diketahui umum dan heret mereka yang dituduh ke muka pengadilan,”
tegasnya.
Namun menurutnya, cabaran terbesar adalah membina semula
Felda daripada  kerosakan yang dahsyat
antaranya, hutang Felda berjumlah RM8.05 bilion, bayaran sara hidup dengan kos
RM37 juta setiap bulan kepada 31 ribu peneroka yang terlibat dengan tanam
semula sering terlewat dan menjejaskan kehidupan harian mereka.
“Kedudukan kewangan tabung Felda seperti tabung tanam
semula, insuran ladang dan lain lain, yang kritikal dan menjejaskan pembangunan
kebun peneroka.
“Perumahan Generasi Baharu Felda yang terbengkalai dan
mengecewakan harapan pemohon yang menanti begitu lama rumah impian mereka,”
jelasnya.
Ahli Majlis Tertinggi 
Amanah itu juga berharap, sambutan kemerdekaan tahun ini, membawa
harapan dan sinar baru buat warga Felda.



– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel