Connect with us

Berita Lain

“Bayangkan dunia tanpa kondom…,” gurauan Tun Mahathir gamatkan dewan


Perkembangan penduduk di dunia tidak dapat dielakkan tanpa
getah Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad ketika merasmikan Persidangan dan
Pameran Sarung Tangan Getah Antarabangsa ke-9.
Perdana Menteri berkata, industri produk getah yang
berkembang pesat menyumbang banyak, bukan hanya kepada ekonomi negara bahkan
juga kepada manusia.
“Memang ‘sarung tangan’ getah adalah penting untuk
menghalang terlalu banyak kelahiran,” katanya yang mengundang ketawa
hadirin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bayangkan dunia tanpa kondom. Jika dunia mempunyai
penduduk lebih dari tujuh bilion sekarang, ia (tanpa kondom) boleh menjadi 10
bilion kerana tidak ada cara untuk mencegah konsepsi itu.
“Jadi, getah telah melakukan tugas yang amat baik
kepada untuk manusia sejagat,” katanya sambil menarik ketawa dan tepukan
dari penonton.
Majlis yang berlangsung selama tiga hari bermula Selasa
merupakan anjuran Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia.
Tahun lalu, sarung tangan getah menyumbangkan 73.2 peratus daripada
semua eksport barangan getah untuk Malaysia.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Dr Mahathir berkata, penghargaan seharusnya diberikan
pembangunan dan penyelidikan, dengan industri getah terus membangunkan
produk-produk baharu, dari tayar getah hingga sarung tangan pembedahan, kepada
peredam gempa bumi untuk bangunan.
“Bukan getah itu sendiri yang penting, tetapi
penggunaannya,” katanya.
Dr Mahathir berkata, lebih banyak penyelidikan diperlukan
untuk tumbuhan lain yang boleh ditemui di Malaysia atau boleh ditanam di negara
ini supaya produk-produk baharu dapat dihasilkan. – mStar Online


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel