Connect with us

Berita Lain

Saudagar karpet saman Najib, Rosmah RM52.6 juta


KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak
dan isteri, Datin Rosmah Mansor melantik peguam David Matthew untuk mewakili
pasangan itu dalam kes saman RM52.6 juta yang difailkan saudagar karpet, Deepak
Jaikishian, adik lelakinya Rajesh Jaikishian dan syarikat mereka Radiant
Splendour Sdn Bhd.
Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Deepak
mengesahkan perkara itu ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes itu di
Mahkamah Tinggi di sini, lapor Sinar Harian hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Plaintif menamakan Najib, Rosmah, Datuk Ahmad Johari Abdul
Razak, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Tan Sri Shukry Mohd Salleh
sebagai defendan dalam saman yang difailkan pada 12 September lalu itu.

Memetik Malaysiakini, saman itu menuntut kerugian dan menuntut tort konspirasi,
penipuan, malfeasance dan penyalahgunaan proses di mana plaintif mendakwa Najib
dan Rosmah menjadi dalangnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Syarikat itu dan dua lagi (Deepak dan Rajesh) didakwa
terpaksa mengambil pinjaman hampir RM200 juta dari Bank Rakyat (RM198 juta)
bagi pihak Najib dan Rosmah.
Pinjaman itu didakwa sebagai pertukaran pemilikan plaintif
bagi geran utama sebanyak 80 unit kediaman di atas sebidang tanah di Kuala
Lumpur yang digunakan sebagai surat ikatan tugasan untuk perjanjian itu pada
tahun 2008.
Sebagai balasan, Radiant Splendor dan kedua-dua plaintif
telah dilantik sebagai proksi bagi pihak Najib dan Rosmah, untuk pemilikan
Menara Angkasaraya dan tanah Bukit Raja bernilai RM2 bilion.

Bagaimanapun, pada 19 April 2013, pihak plaintif dan Bank
Rakyat mengadakan perjanjian penyelesaian kerana pinjaman berkenaan gagal
dibayar. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel