Connect with us

Berita Lain

Dua mayat wanita ditemui dipercayai lemas di Sungai Arau

Anggota polis memeriksa mayat Normah (gambar kecil, kiri)
yang ditemui orang awam di Sungai Arau, Kampung Belat Batu, Arau kira-kira
pukul 9.30 pagi tadi. – Foto Kosmo!

Dua mayat wanita yang dipercayai mempunyai hubungan
persaudaraan ditemui di Sungai Arau, Kampung Belat Batu di sini oleh orang awam
kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata,
hasil siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa dikenali Norma Pin, 64, dan
Norzalina Baharom, 35.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jarak penemuan kedua-dua mayat itu tidak berjauhan
iaitu kira-kira satu kilometer.
“Tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuh kedua-dua
mayat itu dan kes dikategorikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika
dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Difahamkan, kedua-dua mangsa lemas di sungai itu.
Alamat kedua-dua mangsa di Taman Seruling, Sungai Petani,
Kedah.
Hujan lebat di seluruh Perlis semalam yang menyebabkan
kenaikan paras sungai dan arus deras.
Dalam pada itu, kedua-dua mayat dibawa ke Unit Forensik,
Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dekat sini untuk proses bedah siasat. – Kosmo Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel