Connect with us

Berita Lain

Tanah runtuh Bukit Kukus: 3 dikhuatiri maut, 12 masih hilang


GEORGE TOWN: Tiga dipercayai maut tertimbus manakala 12
mangsa masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di kawasan pembinaan Jalan
berkembar Bukit Kukus, di sini petang Jumaat.
Pengerusi Kebajikan Masyarakat Penyanyang dan Alam Sekitar
Negeri, Phee Boon Poh memaklumkan perkara itu ketika dihubungi sebentar tadi, lapor Astro Awani.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sementara itu, laporan awal Pasukan Bomba dan Penyelamat
Pulau Pinang memaklumkan 12 lagi mangsa dikhuatiri tertimbus dalam insiden
berkenaan.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang Jumaat di kawasan
tapak pembinaan jalan raya berkembar dari Paya Terubong menghala ke Relau.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Kawasan runtuhan tersebut dianggarkan berkeluasan  500 x 200 kaki yang turut  melibatkan empat buah kontena tertimbus.
Buat masa ini, pihak media difahamkan kontena-kontena di
tapak pembinaan itu digunakan untuk menempatkan pekerja-pekerja binaan.
Ketika ini, pasukan penyelamat sedang melakukan operasi
mencari dan menyelamat mangsa-mangsa.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel