Mayat mangsa yang dikenali sebagai Khin Aye Khaing, 33, dijumpai di lokasi berhampiran mayat kedua, Samsul,19, yang ditemui pada pukul 5.08 petang semalam, lapor Kosmo Online.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Asisten Komander Operasinya, Mohd, Tarmizi Jaafar berkata, penemuan mayat mangsa telah disahkan oleh suaminya melalui pengecaman yang dilakukan di lokasi kejadian pagi tadi.
“Mayat wanita terbabit telah diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut dan operasi mencari beberapa lagi mangsa terlibat sedang giat dijalankan sehingga kini,” katanya kepada pemberita di sini.