Connect with us

Berita Lain

Budak lima tahun dilanggar van sekolah meninggal dunia di hospital


JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak perempuan lima tahun yang
digilis van sekolah yang dinaikinya, meninggal dunia selepas mendapat rawatan
di Hospital Sultanah Aminah di sini semalam.
Ketua Polis Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Polis
Mohd. Taib Ahmad berkata, dalam kemalangan kira-kira 12 tengah hari itu, Janiss
Yeoh Zi Xuan diturunkan pemandu van yang dinaiki di Taman Tun Aminah dekat sini
untuk ke rumah neneknya semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kemalangan berlaku apabila van yang dipandu seorang
wanita melanggar kanak-kanak perempuan yang sedang melintas di hadapan van
berkenaan selepas turun dari van tersebut untuk ke rumah neneknya,” kata
beliau dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Menurut beliau, pemandu van yang berusia 48 tahun telah
membawa mangsa ke klinik berhampiran dan seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah
Aminah (HSA), di sini kerana kecederaan parah.
“Selepas lebih kurang satu jam mendapat rawatan di HSA,
mangsa disahkan meninggal dunia.
Semasa kejadian, van turut membawa lima penumpang
kanak-kanak, bagaimanapun, kesemua mereka tidak mengalami sebarang
kecederaan,” kata Mohd Taib. – Bernama


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel