Connect with us

Berita Lain

Pelajar perubatan UMS cedera jatuh dari tingkat 10 ke tingkat 7 ketika ambil tuala


KOTA KINABALU – Seorang pelajar perubatan wanita dipercayai
patah kedua kakinya selepas terjatuh dari koridor tingkat 10 bangunan kolej
kediaman wanita Blok D 1Borneo Universiti Malaysia Sabah hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, pelajar
perubatan berumur 21 tahun tersebut dikatakan terjatuh selepas tergelincir
ketika hendak mengambil tuala mandi yang dijemur di koridor kediaman berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi
Majinji berkata, rakan kolej pelajar terbabit, yang melihat mangsa terjatuh
bergegas meminta pertolongan daripada polis bantuan di kediaman berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Mangsa yang dikenali sebagai Lee Miao Lynn dan berasal
dari Pulau Pinang kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Likas dan
berada dalam keadaan sedar serta stabil,” katanya dalam kenyataan hari
ini.
Beliau berkata, kecederaan lain dialami mangsa belum dapat
dikesan kerana pihak hospital belum menjalankan pengimbasan terhadap mangsa. –
Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel