Connect with us

Berita Lain

Isu PTPTN boleh ‘keluarkan’ PH daripada mentadbir negara, kata menteri

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman – Foto Malaysia Dateline

SHAH ALAM—
Isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN) dilihat boleh menjadi
antara punca kerajaan Pakatan Harapan (PH) ‘dikeluarkan’ daripada terus
mentadbir negara, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Berikutan itu, beliau berkata isu berkenaan harus dibincang
dengan baik oleh semua pihak kerana ia melibatkan kos sara hidup yang sering
menjadi topik utama dibangkitkan golongan muda masa kini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kalau saya tak berjaya angkat suara anak muda tentang ini
(PTPTN), maksudnya saya gagal. Sebab itu, kalau kita bincang tentang PTPTN,
saya kena pertahankan (keutamaan golongan muda) dan bawa ke jemaah menteri
untuk mencari kaedah yang komprehensif menyelesaikannya.
“Disebabkan itu, kita (Kementerian Belia dan Sukan) selaku
platform yang dekat dengan anak muda, harus libatkan diri dan menjadi pendesak
utama membantu kelompok berkenaan dalam isu berkaitan kos sara hidup,” katanya
dalam program Bicara Minda anjuran Sinar Harian di sini, semalam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu
berkaitan PTPTN dan kehendak serta keutamaan golongan muda masa kini, oleh
moderator program berkenaan, Tan Sri Johan Jaafar.
Dalam pada itu, bercakap kepada media selepas program
berkenaan, Syed Saddiq menegaskan bahawa PTPTN perlu memastikan kaedah
pembayaran baharu yang mahu dilaksanakan ke atas peminjam tabung pendidikan itu
dibuat secara adil.
Beliau berkata nasib peminjam yang sedang membayar pinjaman
pengajian mengikut jadual ditetapkan PTPTN juga tidak boleh diketepikan kerana
mereka menandatangani kontrak pembayaran itu terlebih dahulu dengan perbadanan
berkenaan sebelum kaedah pembayaran baharu dikeluarkan.
“Kita tak boleh pukul rata semuanya. Kalau sebelum ini peminjam
membayar RM100 ke RM200 sebulan tapi tiba-tiba naik ke RM600 ke RM700, itu
terlalu membebankan kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai tanggungan yang
besar walaupun bergaji RM4,000 ke atas,” katanya.
Sehubungan itu, kata Syed Saddiq, KBS dengan Kementerian
Pendidikan dan PTPTN akan berjumpa sebanyak mungkin golongan muda bagi mencari
formula terbaik untuk menyelesaikan isu berkenaan.
Pada hari ini, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malek
menyatakan jemaah menteri mahu PTPTN menangguhkan pelaksanaan Potongan Gaji
Berjadual (PGB) ke atas semua peminjamnya susulan pengumuman perbadanan itu
pada Rabu lepas, yang akan melaksanakan PGB ke atas peminjam yang gajinya
mencecah RM2,000 sebulan.
Pengumuman PTPTN itu mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk
ahli politik yang mahu kaedah itu dipertimbangkan semula supaya tidak
membebankan peminjam. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel