Connect with us

Berita Lain

Pilihan raya jatuhkan kerajaan, bukan demo, kata PM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. ― Foto oleh Ahmad
Zamzahuri

KUALA LUMPUR  — Demonstrasi tidak akan menjatuhkan sesebuah kerajaan yang dipilih
secara demokrasi, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata walaupun kerajaan Pakatan Harapan membenarkan
demonstrasi dijalankan, hanya melalui pilihan raya sesebuah kerajaan itu boleh
ditukar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kalau pilihan raya diketepikan, sebaliknya kita
mengikut kehendak demonstrasi, demokrasi tidak muncul. Sementara kita benarkan
demonstrasi, besar atau kecil, demonstrasi sendiri tidak boleh jatuhkan kerajaan.
“Yang boleh jatuhkan kerajaan ialah pilihan raya,” katanya
dalam program temu bual ‘Bicara Khas Bersama Perdana Menteri’ di RTM semalam
bagi mengulas mengenai himpunan kesyukuran terhadap penolakan ratifikasi
Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum
(ICERD) di ibu kota, Sabtu lepas.
Katanya, pilihan raya juga boleh diadakan lebih awal untuk
tentukan sokongan majoriti rakyat jika terbukti kerajaan sedia ada telah gagal.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam pada itu, Dr Mahathir memberitahu program temu bual
terbitan RTM itu kerajaan Pakatan Harapan tidak akan menidakkan kebebasan
bersuara dan teguran rakyat terhadap pemerintahan baharu ini.
“Kita perlu pemerintahan yang kuat tapi bukan sehingga dapat
ketepikan segala teguran dibuat rakyat, umpamanya, atau menidakkan
peranan-peranan menteri sehingga mereka perlu akur kepada apa saja yang diarah
pucuk kepimpinan,” katanya.
Katanya, kekuatan kerajaan adalah penting dan perlu khasnya
apabila dalam menangani masalah yang timbul di dalam masyarakat
Dr Mahathir berkata kalau sesebuah kerajaan itu tidak kuat,
tidak mungkin ia dapat menangani masalah dan konflik yang timbul di dalam
masyarakat, kerana ada pihak yang tidak akan hormat kepada pemerintahan yang
lemah.
“Mungkin tidak ada kehormatan yang diberikan kepada
kerajaan. Sebab itu kita perlu ada kerajaan yang kuat tetapi tak lah sehingga
boleh mengetepikan teguran oleh mana-mana pihak,” katanya.
Selain itu, perdana menteri berkata pengalaman seseorang
pemimpin adalah penting dalam cara beliau mengurus sesuatu masalah yang timbul
dalam negaranya.
“Dia harus tahu kalau dalam keadaan apa, apa tindakan
yang boleh diambil. Dalam keadaan ini, apa yang tidak boleh boleh diambil
kerana kalau tidak bijak memilih pendekatan, besar kemungkinan kerajaan akan gagal,”
katanya. 
Dr Mahathir berkata Pakatan Harapan memerlukan lebih masa
untuk menunjukkan hasil kepada perubahan-perubahan yang dilaksanakan kerana
kerajaan sekarang terpaksa memperbetulkan kerosakan-kerosakan yang dibuat
kerajaan sebelum ini.
Dari segi prestasi, daripada lima bintang, beliau juga
meletakkan antara tiga dan empat bintang (setakat ini) kepada menteri-menteri
Kabinet pimpinannya memandangkan kebanyakan mereka tidak mempunyai pengalaman
menjadi menteri sebelum ini.
“(Setelah) 60 tahun jadi pembangkang, nak tukar dari
pembangkang kepada pemerintah bukan satu perkara mudah. Saya yang berpengalaman
sedikit harus toleran, dan cuba membetulkan kesilapan-kesilapan bila berlaku,”
katanya.
Mengenai hubungan antarabangsa, Dr Mahathir memberitahu
program terbitan RTM itu bahawa Malaysia akan terus berpegang kepada prinsip
rundingan dalam menyelesaikan ketidaksefahaman dan konflik  antarabangsa.
Beliau menegaskan menggunakan peperangan bukan jalan
penyelesaian.
“Dalam hubungan kita dengan mereka mungkin ada
konflik-konflik tertentu. Untuk perselisihan antara kita dengan dia, mesti
ditangani. Bukan dengan berperang. Kita tolak peperangan.
“Kita lebih suka berunding, pergi kepada arbitration atau
pergi ke mahkamah untuk diputuskan,” katanya dan menambah bahawa apabila
sesuatu kes itu dibawa ke mahkamah, pihak terlibat juga  harus 
bersedia dengan keputusan yang dibuat mahkamah.
Sehubungan itu, beliau berharap Malaysia dan Singapura akan
dapat menyelesaikan konflik terbaharu mengenai isu sempadan perairan kedua-dua
negara berjiran itu secara baik.
“Memang berlaku pertindihan antara jiran. Bagi kita bukan
kita nak berperang, kita kena akui ada masalah antara kita. Masalah perlu
diselesaikan secara baik, itu cara kita.
“Jadi kita harap kita pegang kepada kebenaran, the rule of
law (kedaulatan undang-undang). Jadi kalau kita pegang kepada kebenaran, kita
yakin kita akan menang,” katanya. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel