Connect with us

Berita Lain

Tun M sedar kuasa rakyat, namun belum putuskan nasib Waytha


KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad belum memutuskan sama ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha
Moorthy perlu meletak jawatan sebagaimana gesaan banyak pihak akibat kegagalan
beliau mengendurkan ketegangan kaum berhubung rusuhan di kuil Sri Maha
Mariamman di Subang Jaya.
Dr Mahathir berkata rakyat bebas untuk menyatakan pandangan
mereka mengenai hal tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“(Tetapi) terpulang pada saya untuk memutuskan, saya belum
putuskan lagi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada
Siri Kepimpinan Dr Mahathir Mohamad Institiut Pengurusan Malaysia (MIM) di sini
malam tadi. 
Ditanya sama ada beliau selesa dengan prestasi Waytha
Moorthy sebagai menteri, Dr Mahathir berkata, “Saya rasa OK (dengan
prestasinya).”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Waytha Moorthy adalah menteri bertanggungjawab bagi
Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial.
Semalam, laporan media melaporkan sayap pemuda Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menyerahkan memorandum kepada Dr Mahathir,
yang juga pengerusinya, mendesak supaya Waytha Moorthy disingkirkan sebagai
menteri. 
Dalam isu lain, Dr Mahathir memberi jaminan bahawa mereka
yang keluar Umno tidak akan mengambil alih Bersatu.
Katanya bekas ahli Umno tersebut hanya boleh berada pada
jawatan mereka sehingga pemilihan (parti) yang akan datang.
“Tidak boleh, mereka semua boleh memegang jawatan sehingga
pemilihan yang akan datang,” katanya.
Terdahulu, ketika menyampaikan ucaptamanya, Dr Mahathir
berkata, Kerajaan Pakatan Harapan akan menggandakan usaha mereka dalam
menyempurnakan janji-janji yang dibuat terutamanya berkaitan janji pilihan
raya.
Katanya, apabila sebuah kerajaan mengalami ketidakpercayaan,
ia akan ditolak dan rakyat akhirnya akan melakukan apa sahaja untuk
menyingkirkannya.
“Adalah amat penting sekali bagi kerajaan dipercayai rakyat
dan memenuhi janji-janjinya.
“Bila adanya kegagalan mendapatkan kepercayaan rakyat,
kerajaan yang paling kuat sekalipun akan tumbang.
“Kerajaan sekarang amat menyedari hal ini, memang
janji-janji telah dibuat sebelum kita mendapat kuasa,” kata beliau.
Beliau berkata Pakatan Harapan, ketika itu, masih sebagai
pembangkang, membuat janji dengan jangkaan mereka akan kalah.
“Janji-janji itu adalah untuk kerajaan yang berkuasa, jadi
jika mereka menang mereka akan 
mendapati  janji itu sukar untuk
dipenuhi.
“Nasib baik atau tidak bernasib baik kami menang dan kini
kami perlu menggandakan usaha  kami untuk
memenuhinya.
“Tentu sekali kadang kala janji itu sukar untuk dipenuhi
tetapi sama ada sukar atau tidak 
seseorang itu mestilah menunjukkan ia cuba melakukan yang terbaik untuk
memenuhinya.
“Sesebuah kerajaan hanya boleh terus diberi kuasa jika ia
boleh dipercayai, kita mesti penuhi apa yang telah kita janjikan,” kata beliau.
— Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel