Connect with us

Berita Lain

Arus laut deras halang usaha untuk tarik keluar SUV



GEORGETOWN: Kerja-kerja untuk menaikkan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terhumban ke laut dari Jambatan Pulau Pinang pada Ahad lalu masih belum dapat dijalankan setakat jam 12 tengah hari ini berikutan keadaan arus di dasar laut yang deras.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berkata keadaan arus demikian boleh membahayakan kumpulan penyelam yang terlibat dalam operasi yang bermula sejak lokasi SUV jenama Mazda CX-5 itu ditemui semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Keadaan itu akan membahayakan penyelam untuk mengikat tali kabel pada kereta itu sebelum boleh diangkat keluar dari laut menggunakan kren,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di Kilometer 4 Jambatan Pulau Pinang.
Sebelum ini, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, ACP Rosman Ismail, berkata seramai 40 orang penyelam daripada empat agensi memulakan penyelaman hari ini untuk memasang kabel pada kenderaan yang masih berada di bawah paras laut itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Kenderaan Mazda CX-5 itu dikatakan dipandu oleh Moey Yun Peng, 20, seorang penuntut kolej swasta di sini. Ia terhumban ke laut setelah dilanggar Toyota Vios di jambatan berkenaan. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel