Connect with us

Berita Lain

Tabung bantu Pak Ya diwujudkan

foto sumber internet 

PETALING JAYA, 19 April — Persatuan Penduduk Acacia Park Setia mewujudkan satu tabung bantuan bagi membiayai kos guaman pengawal keselamatan Yahya Manap yang ditumbuk seorang pelawak, 6 April lalu.


Wakil Persatuan Penduduk Acacia Park Setia Norazilan Jaafar berkata, ia sebagai langkah simpati terhadap Yahya yang memikul tanggungjawab menjaga keselamatan kawasan itu, lapor mStar Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Diharap bantuan itu nanti dapat membantu Pak Ya (Yahya) membayar kos guaman jika dia mahu membawa kes itu ke mahkamah.


“Andai kata Pak Ya tidak mahu isu ini dilanjutkan ke mahkamah dia boleh guna dana itu untuk perbelanjaan harian dan kos perubatan,” katanya.


Yahya atau Pak Ya, 70, dilaporkan telah dikasari seorang pelawak, Mazlan Ahmad atau Lan Pet Pet di bahagian muka dan badan dekat sebuah pondok pengawal kediaman yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Sementara itu, Norazilan turut memaklumkan pihaknya sedia menjadi selaku ‘orang tengah’ bagi mengaturkan pertemuan jika pelawak itu ingin bersemuka dengan Yahya untuk memohon maaf. 


“Sebabnya semasa kejadian, Yahya sedang bertugas dan dia menjadi tanggungjawab kami. Pihak sana kena beritahu bila waktu dan tarikh.


“Kami sedia mengatur pertemuan,” katanya lagi.


Lan Pet Pet sebelum ini didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku bersalah kerana mencederakan Yahya.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel