Connect with us

Terkini

Najib sangkal tuduhan BN rompak berbilion dari institusi Melayu

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menyangkal tuduhan bahawa BN merompak institusi-institusi Melayu.

Menerusi hantaran di Facebooknya Najib mendakwa antara propaganda utama PH ialah tuduhan BN telah merompak berbilion-bilion dari institusi-institusi Melayu dan merosakkannya walaupun semua institusi ini beroperasi dengan baik sebelum PRU14.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, berkata PH mendakwa BN curi duit Majlis Amanah Rakyat (Mara) tetapi tidak ada seorang pun pemimpin gabungan itu didakwa di mahkamah sejak pilihan raya umum ke-14.

Loading…

BN juga didakwa mencuri duit Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim), “tapi perdana menteri ke-7 sendiri kata tak ada bukti,” kata Najib.

Advertisement

Bekas perdana menteri itu juga mengingatkan sehingga kini tidak ada seorang pemimpin Barisan Nasional pun yang telah didakwa di mahkamah atas tuduhan merompak duit Tabung Haji.

“Paling serius pun ialah dakwaan Umno buat kerja zalim seperti terlebih bayar hibah RM4.2 bilion kepada pencarum,

“Itupun tuduhan TH berdasarkan firma audit luar diupah PH yang bercanggah dengan audit Jabatan Audit Negara.” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Najib berkata bekas pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim didakwa bersama abangnya atas kes lain melibatkan projek lebuhraya dan bukan kerana kes Tabung Haji.

Begitu juga dengan Felda, katanya apabila BN didakwa rompak duit peneroka tetapi sehingga kini hanya bekas pengerusinya, Isa Samad didakwa menerima sogokan RM3 juta kerana, “Felda membeli sebuah hotel di Kuching, Sarawak”.

Advertisement

“Mana datangnya berbilion-bilion duit Felda dirompak?” katanya.

“PH tuduh institusi-institusi Melayu rosak masa BN tapi yang saya tengok ialah bajet MARA dipotong, Hibah Tabung Haji adalah paling rendah dalam sejarah, kuota Haji pun turun akibat Arab Saudi tidak lagi luluskan kuota tambahan kepada kerajaan PH dan peneroka FELDA sedang menderita selepas PRU14.

“Siapa sebenarnya yang rosakkan?” Soal Najib lagi.

Najib turut menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat institusi-institusi berkenaan seperti yang dijanjikan dalam 10 janji 100 hari manifesto pilihan raya PH.

“Kalau PH nak telus dan adil, buatlah RCI ke atas semua institusi-institusi di atas seperti yang dijanji dalam 10 janji 100 hari manifesto bukan kitab mereka.

Advertisement

“Paling tidak, buatlah siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)” ujarnya.

Najib membidas PH kerana tidak berani melakukan siasatan secara terbuka dan turut menyindir pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

“Nak tuduh dan fitnah BN curi berbilion-bilion dan merosakkan institusi-institusi ini tapi PH tak berani buat siasatan terbuka pula.

“Debat pun tak mahu. Lari macam Kit Siang.” Sindir Najib dipercayai merujuk kepada cabaran debat antaranya dengan pemimpin DAP itu yang dibatalkan sebelum ini. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel