Connect with us

Mahkamah

Jamil Khir beritahu Mahkamah, Najib yang mohon derma Saudi

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Kerajaan Malaysia menerusi Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak yang memohon sumbangan derma daripada Arab Saudi, bukannya ditawarkan oleh negara terbabit.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam keterangannya berkata, beliau menyedari terdapat permohonan derma itu, bagaimanapun ia tidak dibincangkan di peringkat Kabinet, lapor Berita Harian.

Kekal berhubung bersama rakan-rakan dan juga ahli keluarga serta tambah kenalan baru. Hanya di Frenzscape.com ianya percuma!

Loading…

Jamil Khir yang menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sitthambaram pada sesi pemeriksaan balas, bersetuju dengan cadangan bahawa perkara mengenai derma itu disembunyikan daripada rakyat.

Katanya, ia berikutan perkara itu bukan termasuk dalam urusan pentadbiran, jadi ia tidak perlu dibincangkan.

Memetik laporan Malaysiakini, Bekas menteri di jabatan perdana menteri Jamil Khir Baharom memberitahu mahkamah bahawa kerajaan Malaysia, menerusi perdana menteri ketika itu Najib Razak, yang meminta sumbangan dana daripada Arab Saudi.

Advertisement

Ketika ditanya DPP Sithambaram sama ada Malaysia, melalui Najib, yang meminta sumbangan atau Saudi yang membuat tawaran, Jamil berkata: “Kita tahu sebagai permohonan.”

Katanya lagi, setakat pengetahuannya permintaan bantuan kewangan itu tidak pernah dibincang dalam mesyuarat kabinet.

“Sepanjang pengetahuan saya, tak ada (perbincangan),” katanya.

Sumber: Berita Harian, Malaysiakini

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel