Connect with us

Terkini

1 Utama Diarah Tutup Selepas Pekerja, Pengunjung Positif Covid-19

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling hari ini memaklumkan kompleks beli belah One Utama, Bandar Utama dan sebuah kelab golf, Tropicana Golf Club & Country Resort, Tropicana Petaling Jaya akan ditutup pada 11 Okt susulan penularan kes Covid-19.



Pengerusi Johary Anuar berkata, di One Utama terdapat 4 kes positif yang dilaporkan, melibatkan 3 pekerja dan seorang pengunjungnya.

Manakala, di Tropicana Golf Club & Country Resort, 5 kakitangannya disahkan positif.

“Jawatankuasa memohon kerjasama orang ramai yang mengunjungi 2 tempat ini, untuk tampil membuat saringan Covid-19. Ia adalah bahagian kosmetik dan wangian, Aras G, Parkson Elite diantara 30 September hingga 7 September.

Advertisement

“Manakala, di Mac City, Aras 2, diantara 25 September hingga 30 September.

“Penutupan kompleks beli belah dan kelab golf itu akan bermula 11 Oktober bagi tujuan saringan untuk semua kontak rapat dan melakukan proses nyahkuman,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Pejabat Kesihatan Daerah Petaling akan melakukan saringan kesihatan Covid-19 di One Utama pada 14 dan 15 Oktober, bermula 9 pagi sehingga 2 petang.

“Keutamaan proses saringan adalah kepada kontak rapat kes sahaja iaitu pengunjung premis pada tarikh berkenaan. Bagi mereka yang bergejala sebelum tarikh saringan, diminta ke fasiliti kesihatan berdekatan dengan kadar segera untuk pemeriksaan dan rawatan,” katanya- FMT

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel