Connect with us

Jenayah

Pemandu Lori Rogol, Lacur Anak, Isteri Dipenjara 33 Tahun Dan Denda RM20,000

Seorang bekas pemandu lori berusia 44 tahun dipenjara selama 33 tahun atas kesalahan melacurkan isteri dan anak perempuannya yang berusia 13 tahun.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes tersebut pada 11 Julai tahun lalu.

“Seorang wanita telah membuat laporan polis memberitahu anak saudaranya telah dirogol dan dilacurkan oleh bapa kandungnya.



“Siasatan lanjut kemudian turut mendapati yang lelaki tersebut telah melacurkan isterinya yang juga seorang jurujual di sebuah pasar raya yang berusia 38 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Menurut Mohd. Zaid, suspek kemudian disiasat di bawah pada 8 Februari lalu, suspek telah mengaku bersalah di atas kesalahan yang dilakukan.

Terdahulu, media melaporkan polis menerima aduan daripada seorang wanita yang mendakwa anak saudaranya berusia 13 tahun dirogol dan dilacurkan oleh bapa kandungnya pada 11 Julai 2020.

Siasatan lanjut pihak polis mendapati suspek turut melacurkan isterinya yang juga seorang jurujual di sebuah pasar raya berusia 38 tahun.

Suspek didakwa melacurkan isteri dan anaknya itu secara paksaan di rumahnya di sebuah kondominium di Hulu Langat, Kajang kepada pelanggan yang terdiri daripada 10 warga Bangladesh dan seorang warga Pakistan berusia antara 29 hingga 35 tahun dengan kesemua mereka yang terbabit ditahan polis.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel