Connect with us

Jenayah

Pengasuh, Suami Dan Anak Saudara Didakwa Dera Dua Kanak-Kanak

JOHOR BAHRU, 25 Julai – Seorang pengasuh bersama suami serta anak saudaranya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas dua pertuduhan menganiaya dua kanak-kanak berusia dua dan tiga tahun sehingga mendatangkan kecederaan fizikal.

Ketiga-tiga tertuduh, Fazelina Mohd Lias, 37, Mansor Saat, 57, dan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan bersama di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga mereka yang mempunyai pemeliharaan ke atas dua kanak-kanak itu, telah menganiaya dua kanak-kanak lelaki itu sehingga mengalami kecederaan fizikal.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Bukit Kempas pada 10 Jun lepas kira-kira pukul 3 petang.

Advertisement

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 31 (1) Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Qaiyyum Ramlan menawarkan ikat jamin RM20,000 kepada pasangan suami isteri itu dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak mengganggu saksi pendakwaan, manakala remaja itu ditawarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin iaitu penjaga kepada remaja berkenaan.

Kesemua mereka yang tidak diwakili peguam, memohon kepada mahkamah agar jaminan dikurangkan memandangkan Fazelina merupakan suri rumah tangga dan mempunyai seorang anak manakala suaminya bekerja sebagai pemandu lori dan mempunyai pendapatan RM1,600 sebulan.

Hakim kemudian membenarkan ikat jamin dikurangkan kepada RM8,000 seorang dengan seorang penjamin untuk pasangan suami isteri itu manakala RM1,500 dan seorang penjamin bagi remaja berkenaan.

Advertisement

Kesemua tertuduh juga diarahkan melantik peguam.

Mahkamah turut menetapkan 22 Ogos ini untuk sebutan semula kes serta penyerahan laporan akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel