Connect with us

Terkini

Lelaki Dakwa Dirinya Sebagai ‘Sultan Melaka’ Meninggal Dunia Dipercayai Akibat Covid-19

Ahli perniagaan yang mendakwa dirinya ‘Sultan Melaka’, Noor Jan Tuah atau lebih dikenali sebagai Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat COVID-19.

Noor Jan, 64, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, Selangor dan berita kematiannya tular di media sosial sejak tengah hari tadi dengan rata-rata di ruangan komen terdapat tanda pagar #covidfighter yang memberi gambaran beliau meninggal dunia akibat COVID-19.

Berita itu turut dikongsikan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia Abdul Rani Kulup Abdullah, yang juga aktivis, di laman Facebook rasminya hari ini.

Noor Jan sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mendakwa dirinya Sultan Melaka.

Advertisement

Pada 3 Julai 2018, Mahkamah Sesyen Melaka melepas dan membebaskan Noor Jan daripada empat pertuduhan menipu serta menyamar sebagai Sultan Melaka di Majlis Istiadat di A’Famosa Resort, Alor Gajah, pada 10 malam 28 Dis 2013.

Mahkamah Tinggi turut membebaskan beliau pada April 2019 selepas pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap Noor Jan berhubung empat pertuduhan menipu dan menyamar sebagai Sultan Melaka.

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel