Connect with us

Global

‘Dipatuk’ Ular Yang Baru Dipotong, Seorang Chef Temui Ajal

Seorang cef dilaporkan maut akibat terkena bisa ular tedung ketika hendak menyediakannya untuk pelanggan di sebuah restoran di China.

Peng Fan, dari China Selatan, difahamkan berbesar hati kerana hidangan tersebut terdapat di dalam menu dan terus menyediakan makanan untuk pengunjung restoran ketika tragedi mengejutkan itu berlaku.

Semasa kejadian terjadi, cef tersebut menghabiskan masa selama 20 minit untuk membuat sup, kemudian dia terus merapikan dapur.

Kepala ular tersebut mematuk lelaki itu dengan secara tiba-tiba semasa dia cuba untuk membuangnya ke dalam tong sampah.

Advertisement

Ianya mengandungi neurotoksin yang boleh membunuh dalam masa 30 minit, mengakibatkan lumpuh dan membuatkan mangsa mengalami sesak nafas sehingga boleh membawa maut.

Penawar kepada bisa tersebut boleh merawat kesan bisa itu, namun ianya perlu diambil dengan kadar segera.

“Ketika kami sedang makan di restoran tersebut bagi menyambut ulang tahun isteri saya, tiba-tiba berlaku kekecohan.” kata Lin Sun, salah seorang pengunjung di restoran tersebut.

“Kami tidak tahu apa yang berlaku tetapi kami terdengar jeritan dari arah dapur.”

“Terdapat jeritan memanggil doktor di restoran itu tetapi malangnya ketika bantuan perubatan tiba, lelaki itu sudah pun meninggal.”

Advertisement

“Selepas kami tahu perkara itu, kami terus berhenti makan.”

Sementara itu, seorang pakar menyatakan bahawa ular dan reptilia lain masih boleh bergerak selepas satu jam ianya dibunuh.

“Tidak mustahil bahawa kepala ular itu masih hidup semasa ia menggigit tangannya. Walaupun ular itu telah hilang kepalanya, namun terdapat pergerakan reflektif yang boleh dilakukan oleh ular tersebut.

“Ianya bermakna bahawa ular ada kebolehan untuk mematuk dan menyuntik racun walaupun kepalanya telah dipotong.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel