Connect with us

Hiburan

“Selagi Ada Daya, Saya Akan Bertahan”

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Elyana mencetuskan kebimbangan seolah meluahkan rasa sakit apabila memuat naik video berkenaan dengan lagu Sepi dendangan Yuni Sahara.

Tampil menjelaskan keadaannya, Elyana berkata kesihatannya baik dan masih boleh bertahan walaupun setiap hari perlu berdepan kesakitan.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Elyana turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang sentiasa mendoakan kesihatannya dan sentiasa memberikan semangat.

“Jangan risau, saya okey Alhamdulillah. Sakit memang sakitlah, setiap hari sakit. Tetapi selagi ada daya untuk bertahan, saya akan bertahan.

Advertisement

“Anda semua doakan semoga saya diberikan kekuatan, semangat serta tenaga yang luar biasa daripada Allah untuk teruskan kehidupan sekaligus dapat menggembirakan orang sekeliling saya,” katanya.

Untuk rekod, Elyana menghidap kanser Limfoma tahap empat. Julai lalu, Elyana menjalani rawatan radioterapi pada bahagian hati dan pinggul bagi mengubati kanser dihadapinya sejak 10 tahun lalu.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel