Connect with us

Global

Atlet Bola Tampar Remaja Afghanistan Maut Dipenggal

Kabul: Atlet bola tampar pasukan remaja perempuan Afghanistan, Mahjabin Hakimi didakwa maut dipenggal pejuang Taliban, awal bulan ini.

Imej mengerikan leher atlet itu yang terputus tular di media sosial Afghanistan.

Seorang daripada jurulatihnya dalam satu wawancara bersama Persian Independent mendedahkan keluarga mangsa terpaksa merahsiakan kematian remaja itu yang dibunuh awal Oktober lalu akibat diugut Taliban.

Menurut jurulatih yang hanya mahu dikenali sebagai Suraya Afzali, semua pemain lain berada dalam risiko.

Advertisement

Katanya, ia kerana hanya hanya dua daripada rakan pasukan Mahjabin termasuk dalam puluhan atlet wanita yang berjaya melarikan diri dari Afghanistansejak Taliban menguasai kembali negara itu pada Ogos lalu.

“Semua pemain dalam pasukan bola tampar dan seluruh atlet wanita dalam situasi teruk, putus asa dan ketakutan.

“Setiap orang terpaksa melarikan diri dan tinggal di tempat yang tidak diketahui,” katanya seperti dipetik New York Post.

Namun, laporan lain menyebut insiden itu berlaku lebih awal dengan bukti kematian yang menunjukkan remaja itu dibunuh pada 13 Ogos pada hari terakhir, sebelum Taliban berjaya menguasai Kabul.

Bagaimanapun, Pusat Kewartawanan Penyiasatan Payk berkata, sumbernya mengesahkan, Mahjabin dipercayai ‘dipenggal’ Taliban di Kabul.

Advertisement

Sehingga kini, kerajaan masih belum memberikan sebarang kenyataan.

Sementara itu, Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) memberitahu Inside The Games, pihaknya mengambil maklum laporan pembunuhan atlet terbabit dan sedang mendapatkan pengesahan segera isu terbabit.

“Buat masa ini tiada lagi kenyataan akan dikeluarkan demi keselamatan dan kesejahteraan seluruh komuniti bola tampar yang menjadi kebimbangan utama kami,” katanya.

Mahjabin antara pemain terbaik dalam Kelab Bola Tampar Perbandaran Kabul. – Agensi

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel