Connect with us

Politik

Mahfuz Menang Saman Fitnah Terhadap Menteri Besar Kedah

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin memerintahkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membayar ganti rugi RM50,000 kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berhubung kenyataan fitnah melalui hantaran Facebook dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Arief Emran Arifin membuat perintah itu selepas membenarkan saman fitnah dikemukakan Mahfuz selaku plaintif terhadap Muhammad Sanusi sebagai defendan.

Peguam, Noorazmir Zakaria yang mewakili Mahfuz berkata, mahkamah memerintahkan Muhammad Sanusi membayar ganti rugi tersebut dalam tempoh 14 hari mulai Isnin.

“Mahkamah juga memerintahkan defendan (Muhammad Sanusi) menulis permohonan maaf kepada plaintif di laman Facebook milik defendan dalam tempoh 14 hari dan memerintahkan defendan membayar kos tindakan guaman kepada plaintif berjumlah RM15,000.

Advertisement

“Perintah-perintah lain yang dikenakan ialah satu injunksi menegah defendan atau ejen-ejennya daripada menerbitkan kata-kata fitnah terhadap plaintif pada masa hadapan,” katanya ketika dihubungi pemberita melalui aplikasi WhatsApp selepas keputusan kes saman itu yang berlangsung secara dalam talian pada Isnin.

Prosiding itu turut disertai peguam, Yusfarizal Yussoff dan Mohd Faizi Che Abu yang mewakili Muhammad Sanusi. –

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel