Connect with us

Kemalangan

Seorang Lagi Mangsa Nahas Kereta, Bas Dilapor Meninggal Dunia

KAMPAR – Seorang lagi mangsa nahas membabitkan kereta dan bas henti-henti di Kilometer 39 Jalan Ipoh-Teluk Intan di sini pagi tadi, disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, S. Vinotharan, 33, menghembuskan nafas di Wad Kecemasan Hospital Kampar pada pukul 5 petang.

Katanya, kematian Vinotharan itu menjadikan jumlah korban nahas kereta jenis Proton Persona dan bas henti-henti adalah seramai tiga orang.

“Mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang kereta itu cedera dan dihantar ke Hospital Kampar untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Advertisement

Sumber: Kosmo!

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel