Connect with us

Kemalangan

Pesawat Hawk TUDM Terhempas Di Butterworth, Seorang Terbunuh

BUTTERWORTH: Dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat di dalam nahas pesawat Hawk 108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth di sini, malam tadi, berpangkat Mejar dan Kapten.

Markas TUDM dalam satu kenyataan berkata, mangsa yang terkorban adalah Kapten Mohamad Affendi Bustamy, manakala yang cedera ialah Mejar Mohd Fareez Omar.

” Beliau (Mohamad Affendi) telah meninggal dunia dan jenazah sedang diuruskan untuk tindakan selanjutnya.

“Beliau (Mohd Fareez) cedera dan kini sedang diberikan rawatan di Hospital Seberang Jaya dan berada dalam keadaan selamat dan stabil.

Advertisement

“Kedua-dua juruterbang telah berkahwin. Keluarga kedua-dua juruterbang ini telah dimaklumkan dan TUDM akan memastikan urusan kebajikan keluarga mangsa diutamakan,” katanya.

Kenyataan itu turut menyebut, kejadian berlaku ketika kedua-dua mereka melakukan latihan penerbangan malam.

Sementara itu, katanya, TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini.

Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita yang tidak sahih.

Katanya, TUDM juga akan menubuhkan Lembaga Sisatan terperinci mengenai insiden berkenaan.

Advertisement

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengesahkan dalam kejadian jam 10.07 malam itu, seorang anggota TUDM terkorban manakala seorang lagi cedera.

Sumber: Astro Awani

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel