Connect with us

Kemalangan

Tragis! Mekanik Maut Dihempap Kereta Sedang Dibaikinya

Seorang mekanik maut selepas dihempap sebuah kereta yang sedang dibaikinya di sebuah bengkel di Kampung Bukit, di sini malam tadi.

Mangsa, Muaz Mat Isa, 31, ditemukan dalam keadaan tersepit di bawah kereta jenis Proton Exora kira-kira pukul 11.45 malam.

Difahamkan, mangsa ketika itu berada seorang diri dan kejadian disedari seorang rakannya yang datang mencarinya di bengkel berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.54 malam.

Advertisement

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru yang diketuai Hemrizal Che Morad ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

“Ketika tiba di lokasi, didapati mangsa dipercayai dihempap kereta yang terjatuh ketika sedang melakukan kerja pembaikan.

“Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa,” katanya di sini, hari ini.

Jurucakap berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan sebelum kes diserah kepada polis bagi tindakan lanjut.

Mangsa dilaporkan dikeluarkan kira-kira pukul 12.29 malam tadi dalam keadaan cedera pada muka dan badan.

Advertisement

Bagaimanapun, dia telah disahkan meninggal dunia  oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian,”

“Mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan operasi tamat pada jam 1.05 pagi,” katanya.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel