Connect with us

Jenayah

Lelaki Maut Kerana Pembesar Suara, Kematian Akibat Lemas Dicekik

IPOH: Punca kematian lelaki yang maut dalam pergaduhan di pasar pagi dekat Flat Jalan Ashby di sini adalah berpunca akibat lemas ekoran tekanan pada bahagian leher.

Menurut laporan Utusan Online, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Datuk Anuar Othman berkata, punca kematian diketahui selepas proses bedah siasat dijalankan ke atas mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini.

“Proses bedah siasat dijalankan pada pukul 9 pagi tadi dan keputusannya menunjukkan sebab-sebab kematian mangsa adalah ‘asphyxia due to neck compression’ atau kelemasan disebabkan tekanan di bahagian leher.

“Ketiga-tiga suspek yang ditangkap direman tujuh hari sehingga Khamis ini untuk siasatan kes yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Advertisement

Dalam kejadian sekitar pukul 9.30 pagi semalam, Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, maut dalam pergaduhan dengan tiga suspek yang dikatakan berpunca daripada isu kecurian pembesar suara mudah alih.

Suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan mangsa yang dipercayai mencuri pembesar suara milik seorang daripada mereka sehingga berlaku pertengkaran mulut yang akhirnya membawa kepada pergelutan.

Mangsa yang dipercayai mempunyai masalah mental itu meninggal dunia di tempat kejadian dengan sebilah pisau lipat dijumpai di lokasi sama.

Sumber: Utusan Online

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel