Connect with us

Terkini

Aset Sajat Kena Lelong Esok, Orang Ramai Boleh Datang Beli Di Kota Damansara

Nama usahawan kosmetik kontroversi, Nursajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman kembali menjadi perbualan selepas pihak mahkamah tinggi mengistiharkan aset Sajat dilelong selepas dua minggu disita.

Proses lelongan awam itu akan bermula pada jam 10.30 pagi (14 Disember 2021)  di premis beralamat No 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Writ dah tampal, masih tak bayar

Menerusi Berita Harian, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zukifili dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors iaitu peguam kepada plaintif, OWA Resources Sdn Bhd memaklumkan yang gagal membuat bayaran sejak writ penyitaan dan penjualan ditampal di premis tersebut pada 14 Disember 2021.

“Pihak defendan tidak membuat pembayaran selepas writ penyitaan dan penjualan ditampal di premis Muhammad Sajjad pada 14 Disember lalu.

“Maka, mahkamah meluluskan permohonan plaintif agar semua barang yang disita supaya dilelong esok,” katanya.

Tindakan tersebut adalah bagi membolehkan pihak defenden menebus pampasan yang perlu dibayar kepada Nurwati Hussin, 41, dan Mohamed Syakir Hussin, 32, dari OWA Resources iaitu bekas stokis utama perniagaan bengkung milik Muhammad Sajjad selepas usahawan itu gagal membayar RM200,000 kepada mereka.

Advertisement

Dalam pada itu, Nurwati dan Syakir mengakui berasa lega kerana nama mereka telah dibersihkan dan segala pembohongan Sajat yang mengatakan mereka cuba membuat fitnah sama sekali tidak benar.

Kedua-duanya menegaskan yang mereka sama sekali tidak pernah menfitnah usahawan transgender itu sebaliknya merekalah yang difitnah oleh Sajat.

“Keputusan mahkamah adalah testimoni yang sistem perundangan negara bersetuju dengan hujahan dan bukti yang dibentang pihak plaintif,” kata Nurul Hafidzah lagi.

Jadi, orang ramai yang ingin membeli senarai barang dilelong boleh mengunjungi alamat seperti dinyatakan.

Sumber: Berita Harian (Norzamira Che Noh)

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel