Connect with us

Global

Rusia habiskan masa bertahun-tahun untuk mempersiapkan negaranya hadapi sekatan antarabangsa

Tidak berniat untuk konfrontasi ketenteraan, A.S. dan sekutunya bergantung pada sekatan ekonomi secara menyeluruh untuk memujuk Presiden Rusia Vladimir Putin supaya menarik diri dari menceroboh Ukraine.

Tetapi keberkesanan langkah-langkah sekatan ekonomi itu adalah sesuatu yang pastinya bergantung kepada pelbagai faktor termasuk berapa banyak China bersedia untuk membantu Moscow.

Meletakkan cengkaman kepada ekonomi Rusia yang bernilai sebanyak $1.5 trilion bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya sejak ia mula cuba untuk menahan dirinya daripada sekatan antarabangsa selepas ia menguasai Crimea daripada Ukraine pada 2014.

Rusia telah mengambil langkah mengenepikan pertumbuhannya demi untuk mengurangkan hutangnya dan membina rizab mata wang asing dan emas — sehingga mencapai tahap rekod tahun ini pada lebih $640 bilion.

Advertisement

Rizab yang banyak tersebut telah membantu mengurangkan kesan serangan balik kewangan yang dihadapinya ekoran daripada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Menurut laporan daripada Latimes lagi, pada hari Khamis, bank pusat Rusia telah menyalurkan kemudahan tunai ke dalam sistem perbankan negara dan menjual mata wang asing buat pertama kali dalam beberapa tahun untuk menyokong ruble, yang menjunam ke paras paling lemah sejak 2016.

Presiden Biden mengumumkan Khamis bahawa sekutu AS dan Eropah akan menyekat lima bank Rusia yang memegang kira-kira $1 trilion aset dan menyekat eksport berteknologi tinggi.

Oligarki Rusia yang dikatakan sebagai kroni presiden Putin, juga dilaporkan menjadi sasaran sekatan.

Pada hari Jumaat, Biden berkata beliau akan menyertai Kesatuan Eropah dalam menyekat Putin dan menteri luarnya, Sergei Lavrov. Pentadbirannya kemudian mengumumkan ia akan menyekat Dana Pelaburan Langsung Rusia, iaitu dana kekayaan negara.

Advertisement

Setakat ini, langkah-langkah itu berkemungkinan besar tidak akan menimbulkan kesan yang cukup kepada Moscow untuk menghentikan peperangan di Ukraine, kata penganalisis, dalam masa yang sama juga menyatakan bahawa sebarang sekatan yang dikenakan sekarang mungkin terlalu sedikit atau sudah terlambat.

@malaysianupdatenews Putin arahkan kuasa nuklear Rusia dalam keadaan berwaspada! #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #russia #nuclear ♬ Intense Hollywood movie style trailer music – Shota Low Matsumoto

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel