Connect with us

Jenayah

Miliki 56 saman tertunggak, Polis buru pemandu Alphard samseng, buli pengguna lain di Lebuhraya KL-Karak

Seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard dikesan memandu secara berbahaya dan membuli pengguna jalan raya yang lain di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (arah timur) semalam.

Perbuatan biadab pemandu terbabit yang melakukan provokasi di jalan raya dirakam dalam video yang tular dalam media sosial hari ini.

Dalam video berdurasi 2 minit 25 saat itu, lelaki berkenaan dilihat memandu kenderaannya secara terhuyung-hayang serta sengaja menekan brek sehingga menyebabkan kelancaran aliran lalu lintas terganggu.

Sehubungan itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman melancarkan gerakan memburu suspek berkenaan yang memandu Toyota Alphard bernombor pendaftaran BPV 686.

Advertisement

“Tindakan pemandu MPV ini boleh mendatangkan risiko kemalangan bukan hanya kepada dirinya tetapi kepada pengguna jalan raya yang lain.

“JSPT mendapati kejadian berlaku pada 30 April 2022 (Sabtu) dekat Lebuhraya KL-Karak (arah timur) dan semakan pemilik kenderaan MPV ini telah dikenal pasti.

“Justeru, JSPT menggesa pemandu MPV ini segera menyerah diri ke Balai Trafik IPD Gombak atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat akan kejadian ini, boleh sama-sama menyalurkan kepada JSPT melalui Facebook Messenger dan e-mel terus ke protrafik_ba@rmp.gov.my,” kata JSPT dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu memetik laporan Utusan TV, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, hasil semakan saman keatas kenderaan pelbagai guna (MPV) itu mendapati terdapat 56 saman lampau direkodkan yang masih belum dijelaskan.

Advertisement

Katanya, satu laporan polis telah dibuat dan pihaknya meminta pemilik rakaman dashcam tampil ke Ibu Pejabat Polis Gombak untuk memberi keterangan.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel