Connect with us

Terkini

Sarjan maut dengan kesan tembakan di belakang balai polis

GEORGE TOWN: Seorang anggota polis berpangkat sarjan ditemukan maut dengan tiga kesan tembakan dalam kejadian di kawasan belakang Balai Polis Bayan Lepas, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Kamarul Rizal Jenal, berkata, dalam kejadian jam 3.30 petang itu, sepucuk pistol turut ditemukan pada mayat mangsa berusia 51 tahun itu yang bertugas di balai berkenaan.

“Anggota polis itu meninggal dunia dengan kesan tembakan di leher, dada dan kepala serta pihak polis turut menemukan sepucuk pistol berada bersamanya,“ katanya, dalam kenyataan, semalam.

Katanya, kes tersebut masih dalam siasatan.

Advertisement

Menurutnya, pihak polis menasihatkan agar orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut. – Bernama

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel