Connect with us

Global

2 lagi jasad ditemui, angka korban ‘Mbah Slamet’ kini cecah 12 orang

Gempar kejadian yang berlaku di Indonesia di wilayah Banjarnegara, seorang bomoh disyaki membunuh 12 orang dari tahun 2020 untuk kekayaan.

Lelaki yang dikenali sebagai ‘Mbah Slamet’ atau nama sebenar Slamet Tohari, 45 berasal dari Kampung Balun, Daerah Wanayasa, Banjarnegara ditahan pihak polis di Jawa Tengah pada Sabtu lalu bersama seorang pembantunya yang mempromosikan perkhidmatan menggandakan duit di media sosial.

Kegiatannya tersebut terbongkar apabila Polis Banjarnegara menjalankan siasatan berhubung kehilangan mangsa terakhir yang gagal dihubungi keluarga sejak 24 Mac lepas.

“Daripada pengakuan suspek membunuh 10 orang, sama dengan mayat yang kita temukan.

Advertisement

“Kegiatan ini dilakukan suspek sejak 2020. Sebab itu ada mangsa yang kita temukan hanya tingal tulang sahaja”. Ujar Ketua Polis Banjarnegara Police AKBP, Hendri Yulioanto.

Kesemua mangsa berjaya di perdaya oleh Mbah Slamet yang kononnya mampu menggandakan wang daripada 40 juta rupiah (RM11,822) kepada lima bilion rupiah (RM1.5 juta. Difahamkan juga kegiatan ini menarik mangsanya melalui Facebook.

Yang terbaru angka kematian membabitkan pembunuhan kejam menggandakan wang meningkat kepada 12 orang kesemuanya.

Menurut laporan portal tempatan, mayat dua lagi mangsa ditemukan hari ini tertanam berhampiran tempat mangsa yang lain.

Kesemua mangsa ini dipercayai diberi minuman dicampur racun ikan ketika ritual dijalankan.

Pendedahan ini mendedahkan fakta yang mengerikan apabila polis menemui ‘kubur besar’ yang disyaki menjadi mangsa perbuatan kejam Mbah Slamet.

Advertisement

Kes disiasat di bawah Perkara 340 Kanun Jenayah yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau maksimum 20 tahun penjara.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel