Connect with us

Terkini

Bas MRT sangkut gara-gara kereta parkir kiri kanan jalan sehingga lambat mengambil penumpang

Sudah acap kali kita dengar kereta dirempuh oleh bas kerana memarkir di kiri kanan jalan sehingga tidak dapat dilalu oleh kenderaan besar itu. Hal ini sering terjadi terutamanya di sekitar Lembah Klang.

Baru-baru ini, hal yang sama terjadi yang mengakibatkan dua buah bas pengantara MRT tersangkut ditengah-tengah jalan berhampiran dengan Stesen MRT Cyberjaya City Centre.

Video tular tersebut telah dimuat naik oleh pengguna Twitter bernama @Twt_Cyberjaya. Video tersebut memaparkan dua buah bas pengantara MRT tidak dapat bergerak disebabkan beberapa kenderaan memarkir di kiri kanan jalan laluan tersebut secara haram.

Perakam video tersebut dipercayai pengguna bas meluahkan perasaan kesal dan marah dengan sikap orang-orang yang memarkir kenderaan mereka di situ tanpa memikirkan kesusahan orang lain sebagai pengguna jalan raya.

Advertisement

Lelaki itu berkata bahawa orang-orang yang parkir kenderaan di situ tidak mempunyai ‘otak’ dan di situ bukanlah tempat parkir. Gara-gara mereka, semua bas sangkut tidak boleh lalu di jalan itu. Katanya lagi, jika diikutkan hati yang tengah ‘panas’, dia mahu menyuruh pemandu bas langgar kenderaan yang menghalang laluan di situ kerana ramai orang yang berada di dalam bas tersebut sudah lambat hendak pulang ke rumah masing-masing.

Bas tersebut sudah berada ditengah-tengah jalan, namun disebabkan kereta Toyota Hilux dan Perodua Myvi parkir di kiri kanan jalan, bas tersangkut. Pemandu bas tersebut masih mempunyai sifat bertimbang rasa kerana tidak rempuh kereta-kereta tersebut.

Di belakang bas itu juga terdapat sebuah lagi bas pengantara MRT yang turut tersangkut. Hal ini menyebabkan jadual bas terganggu untuk mengambil penumpang di kawasan itu.

Dalam video yang sama lelaki itu turut menunjukkan di sepanjang jalan itu, penuh kenderaan parkir di bahagian tepi jalan dan menyebabkan jalan itu menjadi sempit.

Ramai yang komen tidak puas hati setelah melihat video tersebut dan tidak kurang juga ada yang memberi pendapat.

Advertisement

Masalah ini terjadi apabila laluan MRT Putrajaya mula dibuka untuk memberi kemudahan kepada penduduk di Putrajaya dan bandar berdekatan menggunakan pengangkutan awam.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. KLIK SINI.

Advertisement
@malaysianupdatenews Bas MRT sangkut gara-gara kereta parkir kiri kanan jalan sehingga lambat mengambil penumpang. #malaysianupdate #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #fyp ♬ original sound – 💚&ltSiMple persOn>💚

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel