Connect with us

Terkini

‘Minum Susu Hanyut Banyak Sangat Kau Ni’

Nampaknya perbalahan diantara anak Makcik Kemboja dengan bekas pekerja semakin berpanjangan. Mereka dilihat saling membalas ‘serangan’ di media sosial.

Terkini bekas pekerja Makcik Kemboja itu dilihat bersuara lagi gara-gara dituduh sudah menyekat anak Makcik Kemboja di platform TikTok.

“Weh korang nak tau update tak? Dia block saya.”

Lelaki yang dikenali sebagai Shuib itu sambil ketawa berkata akaun itu sebenarnya telah di-banned dan bukannya telah di-block oleh dirinya.

Advertisement

“Tu la minum susu hanyut banyak sangat. Eh bezakan block dengan kena banned? Aku tak block kau, tak pernah nak block. Itu kena banned!”

“Minum susu hanyut banyak sangat kau ni. Orang dah cakap jangan minum susu hanyut, susu basi. Aduhai benak pemikiran. Hidup jangan banyak salah, susah nak betulkan.”

Shuib berkata lagi, anak Makcik Kemboja atau lebih dikenali sebagai Ezuan sepatutnya mengikut jejak langkah ibunya yang sudah meminta maaf atas ketelanjuran kata-kata apabila menggelar orang ‘Melayu malas.’

“Salah orang kau pilih kadang-kadang. Aku ni ex staff kau. Aku tahu luar dalam masalah syarikat itu. Mak kau dulu pun bukan suka sangat kau.”

“Mak kau dulu pernah bagi bisnes dekat kau. Ingat tak? Ke mana bisnes tu, tak jadi.. Kau ini tinggi sangat impian, nak buat macam-macam. Aku dengar sekolah swasta, itu pakai duit orang melayu yang membeli baju mak kau.”

Advertisement

“Macam ini la tak payah malukan diri sendiri. Tak payah menegakkan benang dah basah. Kalau kau salah, kau mengaku salah. Mak kau dah mengaku bersalah, kau bila lagi?”

“Kau yang edit video, kau editor tau. Kau yang menentukan video mana patut dikongsikan, video mana tidak boleh. Kau belajar tinggi daripada aku. Mak kau belajar sampai darjah tiga saja.”

“Kau lebih tahu isu sensitif apa yang patut kau muat naik atau tidak sebagai seorang rakyat Malaysia. Jadi, fikir secara waras sebelum nak buat konten. Aku dengar mak kau dah masuk televisyen, kau bila?”

Baca: ‘Yang Kau Hina Tu Mak Aku! – Anak Makcik Kemboja Dakwa Video Asal Disunting, Sumpah Tak Cabar Netizen

Terdahulu, tular sebuah video Ezuan yang menyebut, ‘Aku cabar kau daripada menyalak macam anjing kat TikTok. Aku cabar kau berdepan (face) dengan aku dekat kilang ini. Yang kau hina tu mak aku tau. Sia*. Kalau setakat menyalak macam anjing, ‘Gong! Gong! Gong! Gong!‘

Advertisement

Ezuan kemudiannya tampil memberi penjelasan bahawa video asal sebenarnya sudah disunting.

Ezuan juga menjelaskan bahawa kata-kata tersebut tidak pernah ditujukan kepada netizen sebaliknya kepada bekas pekerja.

Sebelum itu, Makcik Kemboja yang dikenali sebagai Madame Mariyah menerima kecaman hebat selepas mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan dengan mengatakan dirinya yang berketurunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding dengan orang Melayu yang dilabelkan sebagai pemalas.

Baca: Makcik Kemboja Mohon Maaf

Baca: ‘Patik Bangga Menjadi Rakyat Negeri Johor’ – Makcik Kemboja Mohon Ampun Kepada TMJ

Advertisement

Susulan itu, Mariyah yang merupakan pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Mariyah juga dilaporkan telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, pada Selasa, bagi membantu siasatan 14 laporan polis berkaitan video tersebut.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
@malaysianupdatenews Shuib ke ni? #malaysianupdate #malaysianupdatenews #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #shuib #makcikkemboja #fyp #fypシ ♬ original sound – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel