Connect with us

Terkini

‘Itu Sebenarnya Konten Motivasi’ – Mak Cik Kemboja, Anak Mohon Maaf Atas Segala Kontroversi Yang Berlaku

Makcik Kemboja yang sebelum ini menimbulkan kemarahan ramai pihak kerana melabel Melayu malas telah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Pemilik syarikat jahitan pukal,Mariyah Yaakob, 49 tahun, mendakwa video yang tular itu dibuat bertujuan untuk meningkatkan motivasi kepada masyarakat.

Pada sidang media yang diadakan di Mariyah Holdings Sdn. Bhd. di Skudai, Mariyah melahirkan rasa kesal dengan kata-katanya itu dan menegaskan beliau tidak berniat menghina mana-mana kaum atau individu.

“Saya Mariyah Yusof bagi diri saya sendiri dan pihak syarikat (Mariyah Holdings Sdn. Bhd), memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan seluruh bangsa Melayu atas kekhilafan saya dan keterlanjuran kata-kata saya,”

Advertisement

Dia mengakui kesan ucapannya dan menyatakan kesediaannya untuk belajar daripada pengalaman itu.

“Kepada seluruh rakyat Malaysia dan warga Johor, tujuan sidang media ini diadakan adalah sebagai tanda permohonan maaf terbuka bagi saya Mariyah Yaakob dan pihak syarikat (Mariyah Holdings Sdn. Bhd).

“Saya nak minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan bangsa Melayu serta warga Kemobja yang terguris dengan kata-kata saya. Tapi, jauh di sudut hati saya, tak ada sedikit pun mahu menghina mana-mana bangsa. Sebaliknya, ia 100 peratus motivasi.

“Kita semua ada khilaf. Hari ni saya, kita tak tahu bila khilaf orang lain. Saya mengaku apa yang berlaku adalah ilmu yang sangat berharga dan saya belajar untuk jadi lebih matang dan berhati-hati,” katanya.

Mariyah turut menolak dakwaan syarikatnya tidak mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan (Perkeso) untuk para pekerjanya. Dia menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa Mariyah Holdings mempunyai pasukan pengurusan yang berdedikasi dan bertanggungjawab untuk mengendalikan semua perkara tersebut.

Advertisement

“Saya tak perlu jawab soalan itu, sebab saya ada management sendiri yang menguruskan caruman KWSP dan Socso (kepada pekerja-pekerja).

“Kalau benar pihak Mariyah Holdings tidak membuat caruman tersebut, mereka bolehlah tunjukkan aduan kepada pihak Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

“Saya rasa itu lebih arif (baik),” katanya lagi.

Mariyah menafikan lagi tuduhan bahawa syarikatnya telah menggaji pekerja asing tanpa permit. Dia menegaskan bahawa Mariyah Holdings mematuhi semua peraturan undang-undang mengenai pekerjaan.

Menjawab dakwaan bahawa syarikatnya adalah ‘scammer’ dalam penjualan pakaian, pengurus besar Mariyah Holdings, Nor Ashiqin Jamaludin, menjelaskan syarikat itu beroperasi berdasarkan terma dan syarat yang dipersetujui.

Advertisement

“Kami menjual pakaian (produk) dengan terma dan syarat yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak,” jelas Nor Ashiqin.

Beliau menegaskan bahawa syarikat itu tidak bertanggungjawab untuk memastikan jualan yang telah dibeli peniaga, terjual sepenuhnya.

Sementara itu, peguam Mariyah Holding, Sharifuddin Liwan, menyatakan pihaknya sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan maklumat palsu mengenai Mariyah Holdings.

“Saya percaya permohonan maaf dibuat dengan iklas kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu yang terguris hati dengan apa yang berlaku. Saya berharap dengan permohonan maaf ini akan menoktahkan segala isu dan kontroversi yang berlaku.

“Saya harapkan kepada netizen supaya menghentikan segala video, atau memuatnaik video atau hantaran di media sosial, kerana jika ia masih lagi berlaku (penyebaran) mereka akan terdedah kepada tindakan undang-undang.

Advertisement

“Kami masih berbincang dengan syarikat berhubung tindakan yang akan pihak kami ambil terhadap mereka yang berkenaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, anaknya, Ezuan Hafsham Mohd. Hisyam, 22, turut mengakui kekhilafan berhubung isu yang sedang melanda.

Dia yang merupakan Pengarah syarikat Mariyah Holding mengakui video yang dibuatnya adalah ditujukan kepada bekas pekerja syarikat itu.

“Saya dengan rendah hati dan terbuka memohon ampun, maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya bangsa Melayu.

“Sekiranya video dimuat naik oleh saya itu adalah perbalahan saya dengan bekas pekerja yang telah timbulkan lebih banyak spekulasi dan lebih banyak fitnah, saya mohon maaf banyak-banyak,” katanya.

Advertisement

Baca: Makcik Kemboja Mohon Maaf

Baca: ‘Patik Bangga Menjadi Rakyat Negeri Johor’ – Makcik Kemboja Mohon Ampun Kepada TMJ

Baca: ‘Yang Kau Hina Tu Mak Aku! – Anak Makcik Kemboja Dakwa Video Asal Disunting, Sumpah Tak Cabar Netizen

Ezuan Hafsham turut berjanji akan bertindak lebih matang pada masa akan datang dan berharap perkara ini boleh dihentikan.

Tredahulu tular video seorang usahawan wanita yang mengakui dirinya berketurunan Kemboja dikenali sebagai Madame Mariyah yang telah mencetuskan kontroversi selepas mengeluarkan kenyataan sensitif mengenai masyarakat Melayu.

Advertisement

Kenyataan itu telah menyebabkan dirinya dikecam hebat kerana mengatakan dirinya yang berketurunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding dengan orang Melayu yang dilabel sebagai pemalas.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel