Connect with us

Terkini

[VIDEO] Shuk Sahar Kena Sindir Tiada Kerja Semasa Jual Air Balang

Pelawak dan pengacara kontroversi, Shuk Sahar terkejut selepas diserang seorang lelaki yang memberhentikan kereta Myvi ketika dia sedang berniaga air minuman di tepi jalan di Wangsa Maju.

Menurut laporan Utusan, ketika kejadian, Shuk bersama pembantu peribadi Iskandar Nurzaman sebelum lelaki terbabit bertindak untuk menolak barangan jualan pelawak berkenaan.



Malah pelawak berusia 35 tahun itu berkata, dia mendakwa turut disindir dengan mencari rezeki cara berniaga selepas kehilangan pekerjaan.

“Dia pegang telefon seolah-olah sedang merekod video. Saya dan Iskandar tanya dia mahu beli minuman yang mana sebelum tiba-tiba disindir oleh lelaki itu.

Advertisement

“Berang dengan tindakannya, Iskandar cuba mempertahankan saya sebelum lelaki tersebut bertindak agresif dan cuba memukulnya.

“Saya cuba halang dan mungkin kerana tidak puas hati, dia kemudiannya menolak barangan jualan di meja sebelum pergi begitu sahaja,” kongsi Shuk.

Bagaimanapun, pengacara rancangan I Can See Your Voice Malaysia itu tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis selepas sempat mendapatkan nombor plat kereta yang dinaiki lelaki tersebut.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel