Connect with us

Berita Lain

BERI RM5 SELEPAS CABUL BUDAK, TENTERA DIPENJARA 12 BULAN, SEBATAN

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA: Akibat mencabul kanak-kanak perempuan enam tahun
dengan memberikan wang RM5 selepas kejadian, seorang anggota tentera terpaksa
meringkuk di penjara selama 12 bulan dengan satu sebatan bermula Isnin.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wira Mohtarudin Baki yang
mengetuai panel tiga hakim mengekalkan hukuman penjara 12 bulan dan satu
sebatan yang diputuskan Mahkamah Majistret Sungai Petani, Kedah terhadap Mohd
Shahrizal Abdul Halim, 35.

Hakim Mohtarudin yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk
Seri Zakaria Sam dan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata hukuman oleh
Mahkamah  Majistret itu adalah
berpatutan.

Panel itu membuat keputusan sebulat suara  selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan
supaya sabitan terhadap responden ( Mohd Shahrizal) dikekalkan dan mendapati
rayuan itu mempunyai merit.


Pihak pendakwaan juga memohon untuk mengetepikan keputusan
Mahkamah Tinggi Alor Setar yang memerintahkan supaya kes itu dikembalikan ke Mahkamah
Majistret untuk dibicarakan semula.

“Perintah Mahkamah Tinggi diketepikan dan digantikan
dengan sabitan dan hukuman 12 bulan penjara dengan satu sebatan seperti yang
dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret,” kata Hakim Mohtarudin.

Mohd Shahrizal dihantar ke Penjara Kajang. Isteri dan anaknya turut hadir di mahkamah.

Dia didakwa mencabul kehormatan kanak-kanak itu di sebuah
rumah di Sungai Petani, Kedah, antara 12.30 tengah hari hingga 2 petang, antara
7 Ogos hingga 8 Ogos 2012.

Pada masa kejadian responden 
yang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak itu telah pergi ke rumah
saudaranya di mana mangsa adalah anak kepada jiran saudaranya.

Mengikut keterangan kes, 
ketika kejadian responden telah memanggil mangsa yang sedang bermain di
luar rumah supaya masuk ke dalam rumah.Dia telah memberi kanak-kanak itu makan
dan selepas itu mengajaknya masuk ke dalam bilik.

Selepas mangsa menangis dia kemudiannya memberikan wang RM5
kepada kanak-kanak itu.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun dalam hujahannya
berkata mengikut laporan perubatan terdapat lebam pada kemaluan mangsa dan
responden juga tidak menafikan dia memberikan wang RM5 itu.

Peguam Anwar Raof yang mewakili responden pula berhujah
kejadian cabul itu tidak berlaku kerana keterangan saksi yang juga tuan rumah
tempat kejadian menyatakan dia tidak mendengar kanak-kanak itu menangis atau
menjerit ketika kejadian.

Pada 5 Mei 2015 Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman 12
bulan dengan satu sebatan terhadap tertuduh selepas didapati bersalah atas
pertuduhan itu.
Pada 28 Jun 2016 Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan tertuduh
dan memerintahkan supaya kes itu dibicarakan semula di Mahkamah Majistret.

Tidak berpuas hati dengan keputusan Itu, pihak pendakwaan
merayu di Mahkamah Rayuan. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel