Connect with us

Berita Lain

AGONG ‘KECEK KELATE’ TEGUR TEKS TITAH PANJANG SANGAT



PADA kelaziman, amat jarang untuk mendengar Yang di-Pertuan
Agong ke-15, Sultan Muhammad V bertitah dalam dialek Kelantan sejak bersemayam
di Istana Negara pada 13 Disember tahun lalu.

Baginda yang terkenal amat mesra rakyat itu sebaliknya
dilihat hanya bertitah dalam bahasa Melayu standard ketika menghadiri sebarang
majlis rasmi peringkat persekutuan termasuk lawatan diraja ke mana-mana negeri
setakat ini.
Namun sesuatu yang tidak dijangka berlaku apabila Seri
Paduka bertitah selepas mengurniakan darjah persekutuan kepada 103 penerima
sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di ibu negara
pada Sabtu.
Sultan Muhammad V dalam akhir titah ucapannya tanpa segan
silu bertutur sebaris ayat dalam dialek Kelantan hingga menyebabkan mereka yang
hadir di Balairong Seri tersenyum selain ada tertawa kecil mendengarkannya.
“Baghu ni balik Kelate lamo seminggu, pendek sikit kecek
ni,” titah baginda yang bermaksud baru-baru ini Seri Paduka pulang ke Kelantan
selama seminggu sempena Hari Raya Aidiladha dan meminta teks kali ini lebih
pendek.
Titah spontan Sultan Muhammad V itu merujuk kepada teks
disampaikan mungkin agak panjang dan mengambil masa hampir 15 minit sehingga
mengakibatkan ada hadirin berasa letih setelah berada di situ sejak awal pagi
lagi.
Situasi berkenaan juga dapat disaksikan oleh jutaan penonton
di seluruh negara yang mengikuti secara langsung majlis tersebut disiarkan
menerusi stesen TV1 RTM dalam slot khas selepas program Selamat Pagi Malaysia.
Walau apa pun, baginda juga kelihatan tersenyum bersahaja
selepas melihat reaksi hadirin yang terpinga-pinga dan mungkin menujukan
perkara berkaitan teks titah itu kepada pihak Istana Negara sendiri untuk
tindakan susulan.
Ini merupakan penampilan julung kali Sultan Muhammad V dalam
majlis khas tersebut dan juga kali pertama tarikh sambutan Hari Keputeraan
diubah untuk sepanjang lima tahun pemerintahan baginda. 








— Mynewshub.cc/HAA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel