Connect with us

Berita Lain

INSIDEN ‘STEERING LOCK’, PEMANDU WANITA HADIR BERI KETERANGAN


PUCHONG – Wanita yang ‘menyerang’ seorang anggota
penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan besi pengunci stereng
dan videonya tular di media sosial sejak Jumaat lalu tampil memberi keterangan
berhubung kejadian kepada pihak polis, semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad
Aminuddin Megat Alias berkata, wanita berusia lingkungan 40-an itu hadir bersama
suaminya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) berusia lingkungan 50-an.
Menurutnya, kedua-duanya dirakam kenyataan di bawah Seksyen
112 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) di pejabat pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis
Daerah Serdang kira-kira jam 11 malam.
“Hasil semakan mendapati suami kepada wanita berkenaan
memang mempunyai kad OKU yang sah namun pihak polis masih jalankan siasatan
sama ada lelaki tersebut berada dalam kenderaan ketika kejadian berlaku.
“Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan kami minta semua
pihak memberi ruang untuk kita siasat kes ini sepenuhnya,” katanya.

Beliau dalam pada itu meminta kes tersebut tidak
disensasikan berikutan wanita tersebut dan suaminya kini berada dalam keadaan
tekanan selepas kejadian berlaku lapor sinar online.

Sebelum ini akhbar melaporkan anggota penguatkuasa tersebut
membuat laporan polis berhubung penyebaran video merakam dirinya ‘diserang’
wanita berkenaan yang tular di laman media sosial.
Dalam video berdurasi 
1.37 minit itu, wanita terbabit dirakam menjerit dengan keadaan marah
sambil menghayun besi pengunci stereng kereta berulang kali ke arah anggota
penguatkuasa yang bertugas.
Kejadian dilapor berlaku kira-kira jam 1 tengahari di pusat
komersil Bandar Puteri ¼ di sini, Rabu lalu selepas anggota penguatkuasa
mengambil tindakan mengunci tayar kenderaan milik wanita itu kerana kesalahan
menghalang lalu lintas dan meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel