Connect with us

Berita Lain

PERBUATAN KHIANAT, LIMA KERETA MEWAH DISIMBAH ASID


ALOR SETAR: Sekurang-kurangnya lima kereta mewah disimbah
cecair dipercayai asid di sebuah pusat membeli-belah dan kawasan berdekatan.

Beberapa gambar mengenai kerosakan kesemua kereta terbabit
tular di Facebook.

Dua kereta, masing-masing BMW dan Honda Accord dirosakkan di
kawasan parkir pusat membeli-belah pada Sabtu.

Tiga lagi kenderaan lain termasuk sebuah kereta Toyota
Vellfire dan sebuah kereta Mercedes-Benz pula dirosakkan dekat pusat
membelah-belah berkenaan pada Rabu dan Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Yazri
Ismail berkata, seorang wanita berusia 42 tahun membuat laporan diterima pada
pukul 12.10 pagi Ahad berhubung insiden tersebut, lapor mStar online.

“Di dalam laporan itu, wanita terbabit memberitahu dia
meletakkan keretanya di kawasan parkir pusat membeli-belah dan mendapati ia
telah disimbah asid pada kira-kira pukul 10 malam.
“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan
kerana melakukan kerosakan,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel