Connect with us

Berita Lain

UMNO PARTI UNIK, LAHIRKAN PEMIMPIN MENGIKUT ZAMAN


TANAH MERAH 10 Sept. – UMNO merupakan sebuah parti yang unik
kerana melahirkan pemimpin mengikut peredaran zaman.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani
berkata, disebabkan itu UMNO yang menunjangi Barisan Nasional (BN) berjaya
kekal memerintah sehingga hari ini.
Beliau berkata, bagaimanapun ahli UMNO perlu bijak memilih
pemimpin supaya parti itu terus relevan sepanjang zaman.
“Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah tak relevan pada zaman
twiter dan facebok.
“Zaman Datuk Seri Najib Tun Razak berubah secara total,
orang boleh kata macam-macam, tengok dalam facebook beliau macam-macam pekataan
ada tetapi Datuk Najib boleh terima, Datuk Najib masih senyum.
“Zaman ekonomi digital kalau bukan calang-calang pemimpin
tak boleh cakap (mengenainya) sebab itu pemimpin sangat penting, kalau salah
pilih masalah kepada kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan
Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk
Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Sebelum majlis tersebut berlangsung, Johari diarak dengan
menaiki kereta kuda seperti pahlawan Melayu . 





— UTUSAN ONLINE

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel