Connect with us

Berita Lain

Padah Jual Dokumen Palsu, Lelaki Ditahan


IPOH: Polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun
dipercayai terbabit dalam kegiatan memalsukan pelbagai dokumen agensi kerajaan
dalam serbuan di sebuah rumah di Puncak Jelapang Maju di sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJ) Perak,
Superintendan Md Razif Mad Jaya, berkata serbuan dilakukan pada jam 11.56 malam
dan mendapati kereta jenis Mercedes Benz yang diletakkan di situ menggunakan nombor
pendaftaran palsu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Soal siasat terhadap suspek membawa kepada penemuan
pelbagai peralatan elektronik termasuk komputer dan mesin cetak dipercayai
digunakan untuk mengubah dan mencetak dokumen agensi kerajaan dalam bilik utama
rumah berkenaan.
“Turut ditemui dalam bilik itu salinan cukai jalan
kenderaan, lesen memandu dan salinan sijil cuti sakit hospital kerajaan yang
kesemuanya dipercayai palsu.
“Pemeriksaan terhadap kereta Mercedes Benz itu pula
mendapati nombor casis tidak sama dengan nombor pada kad pendaftaran
kenderaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, hasil soal siasat suspek mengaku
menghasilkan semua dokumen palsu itu untuk dijual di sekitar bandar raya ini
dan menjalankan kegiatan itu seorang diri.
Katanya, kegiatan lelaki itu mula dikesan menerusi Ops
Selamat sempena sambutan Aidilfitri lalu yang dijalankan Jabatan Siasatan dan
Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri.
Md Razif berkata, dalam operasi itu, polis menahan sebuah
kereta jenis Toyota dikenal pasti menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Katanya, hasil daripada penahanan berkenaan, beberapa siri
tangkapan dibuat manakala risikan dan maklumat orang awam, mengenalpasti pasti
suspek sebagai individu yang membekalkan dokumen palsu itu.

Beliau berkata, suspek direman tiga hari bermula hari ini
hingga Jumaat untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun
Keseksaan.

— BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel