Connect with us

Berita Lain

[VIDEO] Yusuf Azmi Digelar Bab* Kerana Peruntukan RM500,000


Gara-gara peruntukan RM500,000 yang diumumkan
timbalan perdana menteri semalam, aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM) Yusuf Azmi berkata beliau digelar dengan bahasa kesat oleh netizen di
media sosial.
Menjelaskan mengenai perkara itu hari ini, Pengarah
Unit Tindakan Khas PPIM itu berkata persatuan pengguna tersebut mempunyai
banyak biro dan wang berkenaan diperuntukkan sebenarnya untuk membantu golongan
pengguna.
“Jadi yang dapat itu adalah pusat (PPIM). Kita
tak tahu menahu dan selama ini pun kami bergerak atas inisiatif kami sendiri,
sukarelawan kami, kami (hanya) jadi aktivis,” katanya sambil menambah
beliau sendiri tidak ada pada majlis pengumuman itu semalam.
Sambil menyambut baik peruntukan berkenaan, Yusuf
berkata beliau menghormati pemimpin negara tetapi menegaskan dirinya mempunyai
peranan untuk menyuarakan masalah rakyat.


Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya menyuarakan masalah rakyat. Saya
menyuarakan masalah golongan marhaen seperti saya. Jadi bila saya kata, bila
saya kritik, bila saya tegur tu adalah benda yang benar dan jelas dan tolong
ambil (tindakan).
“Kadang-kadang kita lihat, ada cyber trooper
yang tiba-tiba menghentam kami, organisasi yang kecil yang membawa brand
1Malaysia ini, mengatakan kami nak buat duit.
“Selama tujuh tahun saya kendalikan unit
tindakan khas (PPIM), kat mana yang mengatakan kami buat duit. Kami
memperjuangkan isu pengguna,” katanya.
Yusuf berkata, disebabkan peruntukan itu semalam,
beliau digelar dengan perkataan kesat termasuk dipanggil bab* oleh netizen.
“Saya ni kasihan saya tuan-tuan. Dalam
Facebook sekarang ni semua cakap saya babi,” katanya.

‘Tak akan ambil RM1 pun’
Berikrar tidak akan menyentuh wang berkenaan Yusuf
berkata peruntukan itu bukan untuk dirinya sebaliknya membantu golongan
pengguna yang teraniaya.
“Saya Insya Allah, saya janji saya saya tak ambil
RM1 pun, Insya Allah, bukan sebab saya tak ambil sebab duit itu haram, tidak,
tapi bukan bahagian saya dan bukan saya yang patut terima.
“Mungkin yang patut terima adalah tuan-tuan,” kata
Yusuf dalam video dimuat naik olehnya di Facebook.
Nama Yusuf mula mencuri perhatian selepas
tindakannya dan aktivis PPIM lain menyerbu premis sebuah syarikat pajakan
kenderaan beberapa bulan lalu.
Tindakan itu dikatakan diambil untuk membantu
sejumlah individu mendapatkan semula kereta mereka daripada syarikat terbabit.
Dalam rakaman yang tular di media sosial, Yusuf dan
rakan-rakannya dilihat berdepan pekerja syarikat itu dan bertindak memecahkan
mangga kunci pagar stor syarikat serta merobohkan pagar premis berkenaan.
Susulan itu, Yusuf dan seorang lagi aktivis PPIM,
Ali Salimin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang 24 Oktober lalu atas
tuduhan menceroboh.
Semalam Zahid ketika berucap merasmikan penutup
Forum Pengguna Ke-7 di Menara Felda, Kuala Lumpur mengumumkan peruntukan
one-off sebanyak RM500,000 kepada PPIM.

Menganggap peruntukan itu sebagai fardu kifayah,
Zahid berkata wang itu akan digunakan bagi membantu PPIM menyelesaikan masalah
pengguna yang berdepan dengan syarikat pinjaman tidak berlesen (Ah Long) dan
membanteras perjudian haram.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel