Connect with us

Berita Lain

Bekas Jurutera Disyaki Eksport Serbuk Ketum Ditahan


PADANG BESAR, 6 Nov — Polis Padang Besar menemui cara
baharu penjualan daun ketum yang diproses menjadi serbuk untuk dieksport dengan
penangkapan seorang lelaki bekas jurutera Mesin Teler Automatik (ATM).
Ketua Polis Daerah itu, Supt Ghazani Abdul Ghani bekas
jurutera berumur 42 tahun itu disyaki menjalankan aktivitinya dengan mempromosi
produknya melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram sejak 2015.
Katanya lelaki itu disyaki mengeksport serbuk daun ketum
dengan menggunakan perkhidmatan kurier dan mengisytiharkannya sebagai serbuk
daun inai bagi mengabui pihak berkuasa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pasukan Petugas Khas IPD Padang Besar yang menyerbu rumah
lelaki itu di Kampung Alor Sena Paya, Jalan Kaki Bukit dekat sini pada 2
November lepas menemui 81 pek serbuk ketum seberat satu kilogram satu pek.
Siasatan awal mendapati lelaki itu mengaku telah membuat
lebih 60 penghantaran serbuk ketum ke negara Eropah antaranya Jerman, United
Kingdom, Itali, Kanada dan Belanda juga ke Amerika Syarikat sejak 2015 pada
harga US$50 (RM215) satu pek,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Ghazani berkata polis bagaimanapun hanya menemui resit
transaksi sehingga tahun 2016 dan beberapa peralatan untuk memproses dan
membungkus bahan berkenaan turut dirampas di rumah lelaki itu manakala antara
Januari hingga Oktober tahun ini sahaja dia disyaki berjaya meraih pendapatam
lebih RM209,000.
Polis kini sedang memantau lebih 15 laman sesawang yang
mempromosi penjualan serbuk ketum termasuk produk berasaskan daun ketum dari
luar negara, katanya.

Beliau menambah lelaki itu yang menjadikan Thailand sebagai
pusat transit penghantaran tempahan produknya, mendapat bekalan di dalam dan
luar Perlis serta rakannya di Indonesia bagi memenuhi permintaan pelanggan
sekiranya tidak mempunyai bekalan yang mencukupi.
Reman selama empat hari terhadap bekas jurutera itu yang
berakhir hari ini disambung tiga hari lagi sehingga 9 November ini, kata
Ghazani dan menambah serbuk ketum itu akan dihantar kepada Jabatan Kimia untuk
dianalisis.

Advertisement
– BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel